13 July, 2009

APABILA 'DATUK SERI' ZAHRAIN BERSUARA

By Manjit Kaur, The Star

State PKR chairman Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim said show-cause letters would be sent to members found organising secret meetings.

He said that as far as he was concerned, he had not heard of any such meeting organised by those unhappy with his leadership.

"I am not aware about it as I am hearing this from members of the media. If the media knows about the meetings and who organised them, then they should give me the names.

"And if indeed the news is true, then I will not hesitate to send show-cause letters to those involved," he told reporters after receiving the Darjah Gemilang Pangkuan Negri award, which carried the title Datuk Seri, at the investiture ceremony in conjunction with Yang di-Pertua Negri Tun Abdul Rahman Abbas’ 71st birthday celebrations at Dewan Sri Pinang here today.

It was reported in a Chinese newspaper that 10 of the 13 PKR divisions had attended a secret meeting.

It was also reported that nine divisions had agreed that the new chairman should take charge in Penang.

Zahrain said if there was indeed such a meeting, that those organising it had bad intentions.

"My relationship with all the division heads is fine, and I don’t have any problems with Datuk Seri Anwar Ibrahim as well," he said.

Later, Chief Minister Lim Guan Eng said that the DAP did not recommend any of its party members to be conferred state awards.

However, he said other political parties in Pakatan Rakyat were free to give their recommendations.

SUMBER

10 July, 2009

Malaysiakini - Arahan Pada Ketua Cabang Untuk Para Bloggers - Siri 15

Malaysiakini

Jahil dan Pengecut...itulah kata-kata yang layak dikeluarkan kepada PKR Pulau Pinang apabila mengeluarkan surat mengarahkan tindakan di ambil kepada para bloggers.

Tindakan tegas termasuk tindakan disiplin akan dikenakan kepada ahli parti yang menulis dalam blog peribadi mereka jika mengkritik parti. Perkara ini adalah satu langkah terkebelakang dalam laungan kebebasan media serta kebebasan bersuara yang telah direncanakan oleh mereka sebelum ini.

Alasan menggunakan platform dalaman adalah alasan yang cukup dangkal kerana sudah terbukti sebelum ini bagaimana gugurnya Amizuddin Ahmat dalam mempertahankan prinsip dalam isu kuari [SINI] dan [SINI]. Itukah yang dimaksudkan menyelesaikan masalah daripada dalam? Bagaimana pula kenyataan-kenyatan pertikaman lidah antara Datuk Zahrain dengan Ketua Menteri Lim Guang Eng sebelum ini? Mengapa tak ambil tindakan tegas,kenyataan media sedemikian jelas mengelirukan ahli akar umbi?

Dalam mesyuarat awal julai,bagaimana mereka menghentam para bloggers yang terdiri ahli parti termasuk Dr Joyce (salah seorang dalam AJK Bahagia Batu Kawan) kerana mengkritik parti.Mengapa mereka mengatakan ianya boleh mengelirukan akan umbi?

Persoalannya,jawab sama ada benar atau tidak...Jangan berdolak dalih dalam menjawab perkara yang dibangkitkan para bloggers.Teguran tersebut adalah untuk menambah baik untuk kebaikan parti itu sendiri daripada cubaan dirosakkan segelintir individu di dalam parti sama ada ianya disengajakan atau tidak,tetapi itulah hakikatnya.

Tapi,kalau pimpinan PKR Pulau Pinang masih ego dan tak hormat saranan Presiden Parti dalam Kongres tahun lalu yang menghormati peranan Bloggers dalam kejayaan PRU-12 yang lepas. Blog ini tanpa rasa sangsi dan tanpa rasa takut mencabar PKR Pulau Pinang mengambil tindakan kepada para Bloggers. Biar rakyat tengok cakap tak serba bikin..Kebebasan bersuara konon....

Blog ini juga tidak akan teragak-agak membongkarkan kepincangan bukan sahaja anasir-anasir perosak parti di Pulau Pinang...tetapi termasuk di negeri jirannya iaitu Kedah. Nak sembunyi apa hah? Nak sembunyikan musang dalam reban ayam? Nak sembunyikan harimau dalam kandang kerbau?Nak mengkeldaikan ahli-ahli akar umbi dengan politik rakus,hipokrit serta masih berpahaman UBN (UMNO-BN).Tungguuuu...........

Bersambung

1Malaysia nak tahu

07 July, 2009

Malaysiakini - Lobi Pingat Anugerah TYT - Siri 14

Malaysiakini

Sudahlah isu YDP MPSP masih menghantui hingga menimbulkan beberapa persoalan yang tidak terjawab oleh Johari serta PKR Negeri akibat tersilap langkah,terkini mengenai isu penganugerahan pingat kebesaran TYT dalam ulangtahun Tuan Yang Terutama Negeri Pulau Pinang.

Sudah ada desas desus Ahli Majlis MPPP (Si Katak Lompat daripada Gerakan) yang lompat ke PKR selepas kemenangan PRU-12 akan dianugerahkan pingat 'DJN' (Bawah 1 level untuk "Datuk"). Mengapa ianya boleh terjadi? Siapa dia dan kenapa perlu anugerah pingat sedemikian pada beliau? Datuk Zahrain serta Mustafa Kamal sibuk nak mengatur pingat pada mereka dengan menggunakan platform parti atas arahan sapa?Tangan ghaib si Jamil daripada belakang ya [SINI]?

Perkara ini tersebar sendiri apabila beberapa pimpinan DAP yang merasa hairan mengapa KATAK BESAR (GEMUK) ini boleh dicadangkan oleh PKR untuk penganugerahan yang begitu cepat sekali hanya dengan baru menyertai PKR selepas 8 Mac 2008 dan sewaktu hampir untuk lantikan Ahli Majlis MPPP & MPSP ketika itu.

Apa dah jadi PKR Pulau Pinang? Mengapa ada tangan-tangan ghaib ini mencampuri urusan yang sepatutnya diberikan kepada orang yang benar-benar berjasa pada masyarakat.Mungkin LOMPAT daripada BN masuk PKR adalah jasa besar KATAK GEMUK itu?

Datuk Zahrain mungkin akan selesa dengan penganugerahan "Datuk Seri",YB Senator Mustafa Kamal gigit jari apabila TKM1 bertindak gentleman menarik diri daripada menerima sebarang pingat yang dikhabarkan "Datuk" termasuk mengugurkan penganugerahan kepada YB Senator Mustafa Kamal.

Kalau Ketua Menteri saat-saat akhir menarik cadangan penganugerahan tersebut kepada orang politik serta individu-individu yang disebutkan tadi...pastinya golongan yang serba serbi menggila ini akan terus melompat.

Bersambung

1Malaysia nak tahu

04 July, 2009

Malaysiakini - Pergunakan Parti untuk diri Sendiri - Siri 13

Malaysiakini

Sudah terang lagi bersuluh....

Itulah kata-kata yang selayaknya diungkapkan kepada Johari serta beberapa kerat pimpinan PKR.Perkara ini jelas menampakkan isu sebenar yang cuba dipesongkan oleh Johari.Datuk Zaharin juga bertindak baling batu dan sembunyi tangan apabila beliau merestui tindakan Johari walaupun telah dinasihati TKM1 YB Mansor Othman.

Tindakan beliau itu juga,telah mengugut Kerajaan Negeri untuk melepaskan jawatan sebagai Ahli Majlis MPSP laporan Malaysiakini. 'Sementara itu, Johari memberi amaran bahawa beliau dan lapan orang ahli majlis tersebut dari PKR, mungkin akan letak jawatan serentak sebagai membantah pelantikan Mokhtar.'

Hasil tindakan itu,beliau telah dipecat [SINI] sebagai Ahli Majlis MPSP.Sebelum ini Johari yang mendabik dada dengan ugutan untuk meletakkan jawatan kononnya tidak gilakan jawatan itu,terbukti tidak benar.

Beberapa Ahli Majlis yang ditemui juga mendakwa Johari sememangnya GILA NAK JADI YDP bahkan ada di antara mereka yang tidak mahu Johari melibatkan diri mereka terbabit dalam konflik antara beliau dan kerajaan negeri.

Datuk Zahrain sudah memanggil mesyuarat kepimpinan PKR Negeri,namun Johari telah meminta untuk pimpinan negeri menemui Ketua Menteri Lim Guan Eng bagi mempertahankan beliau demi maruah parti...woooo,tang dia maruah parti ya...kalau tang orang lain...biar apa nak jadi ya [SINI]

Datuk Zahrain sekali lagi telah mengeluarkan kenyataan dangkal beliau yang terhebat memusingkan fakta atau isu sebenar [SINI]

Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim, berkata sebelum ini PKR pusat sudah membuat keputusan supaya Johari tidak dipecat kerana beliau menyesal dengan perbuatan memboikot majlis pelantikan Yang Dipertua MPSP, Mokhtar Mohd Jait, bulan lalu.

Malah, kalau kita mahu bersikap seperti Khalifah Umar Abdul Aziz seperti yang dilaung-laungkan, pemimpin Islam yang bersifat penuh belas kasihan dan adil, jika ada ada orang membuat kesilapan, kita harus bertolak ansur dan mahu mendengar bukannya ambil sikap tidak mahu berjumpa langsung.

Soalan yang patut di jawab oleh Datuk Zahrain...BILA MASA JOHARI MENGAKU KESILAPAN DAN MENYESAL DENGAN PERBUATANNYA?JAWAB DULU DATUK,MANA KENYATAAN MEDIA PENYESALAN JOHARI KASSIM?Dan bila masa Lim Guan Eng tidak mahu bertemu dengan PKR mengenai isu ini [SINI]?Tetapi mereka bertindak seolah-olah tiada ruang untuk perbincangan dengan Kerajaan Negeri.

Salah seorang Ketua AMK Bahagian menyuarakan kekesalan dengan tindakan memboikot majlis angkat sumpah YDP MPSP.

"Kami boleh hantar memorandum secara tertutup & bertemu dengan wakil Kerajaan Negeri Pulau Pinang,perkara ini sudah berlaku [SINI] dan kenapa dia (Johari) yang menggelarkan Exco Keldai tidak bertindak mengarahkan semua Ahli Majlis PKR berjumpa secara tertutup dengan Ketua Menteri?Kenapa buat terus boikot dan kenyataan media?"

Perangai UMNO-BN tak pernah luntur daripada kepala masing-masing. Jangan hanya pandai buat kenyataan media dan menuding jari pada orang lain kerana akibatnya memporak perandakan PKR itu sendiri...Inilah tangan-tangan yang merosakkan keutuhan serta ketelusan perjuangan rakyat yang telah dibawa daripada 1998.Anasir-anasir seperti inilah yang telah merosakkan keyakinan rakyat pada parti.Nyahkan mereka...

Bersambung

1Malaysia nak tahu