04 July, 2009

Malaysiakini - Pergunakan Parti untuk diri Sendiri - Siri 13

Malaysiakini

Sudah terang lagi bersuluh....

Itulah kata-kata yang selayaknya diungkapkan kepada Johari serta beberapa kerat pimpinan PKR.Perkara ini jelas menampakkan isu sebenar yang cuba dipesongkan oleh Johari.Datuk Zaharin juga bertindak baling batu dan sembunyi tangan apabila beliau merestui tindakan Johari walaupun telah dinasihati TKM1 YB Mansor Othman.

Tindakan beliau itu juga,telah mengugut Kerajaan Negeri untuk melepaskan jawatan sebagai Ahli Majlis MPSP laporan Malaysiakini. 'Sementara itu, Johari memberi amaran bahawa beliau dan lapan orang ahli majlis tersebut dari PKR, mungkin akan letak jawatan serentak sebagai membantah pelantikan Mokhtar.'

Hasil tindakan itu,beliau telah dipecat [SINI] sebagai Ahli Majlis MPSP.Sebelum ini Johari yang mendabik dada dengan ugutan untuk meletakkan jawatan kononnya tidak gilakan jawatan itu,terbukti tidak benar.

Beberapa Ahli Majlis yang ditemui juga mendakwa Johari sememangnya GILA NAK JADI YDP bahkan ada di antara mereka yang tidak mahu Johari melibatkan diri mereka terbabit dalam konflik antara beliau dan kerajaan negeri.

Datuk Zahrain sudah memanggil mesyuarat kepimpinan PKR Negeri,namun Johari telah meminta untuk pimpinan negeri menemui Ketua Menteri Lim Guan Eng bagi mempertahankan beliau demi maruah parti...woooo,tang dia maruah parti ya...kalau tang orang lain...biar apa nak jadi ya [SINI]

Datuk Zahrain sekali lagi telah mengeluarkan kenyataan dangkal beliau yang terhebat memusingkan fakta atau isu sebenar [SINI]

Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim, berkata sebelum ini PKR pusat sudah membuat keputusan supaya Johari tidak dipecat kerana beliau menyesal dengan perbuatan memboikot majlis pelantikan Yang Dipertua MPSP, Mokhtar Mohd Jait, bulan lalu.

Malah, kalau kita mahu bersikap seperti Khalifah Umar Abdul Aziz seperti yang dilaung-laungkan, pemimpin Islam yang bersifat penuh belas kasihan dan adil, jika ada ada orang membuat kesilapan, kita harus bertolak ansur dan mahu mendengar bukannya ambil sikap tidak mahu berjumpa langsung.

Soalan yang patut di jawab oleh Datuk Zahrain...BILA MASA JOHARI MENGAKU KESILAPAN DAN MENYESAL DENGAN PERBUATANNYA?JAWAB DULU DATUK,MANA KENYATAAN MEDIA PENYESALAN JOHARI KASSIM?Dan bila masa Lim Guan Eng tidak mahu bertemu dengan PKR mengenai isu ini [SINI]?Tetapi mereka bertindak seolah-olah tiada ruang untuk perbincangan dengan Kerajaan Negeri.

Salah seorang Ketua AMK Bahagian menyuarakan kekesalan dengan tindakan memboikot majlis angkat sumpah YDP MPSP.

"Kami boleh hantar memorandum secara tertutup & bertemu dengan wakil Kerajaan Negeri Pulau Pinang,perkara ini sudah berlaku [SINI] dan kenapa dia (Johari) yang menggelarkan Exco Keldai tidak bertindak mengarahkan semua Ahli Majlis PKR berjumpa secara tertutup dengan Ketua Menteri?Kenapa buat terus boikot dan kenyataan media?"

Perangai UMNO-BN tak pernah luntur daripada kepala masing-masing. Jangan hanya pandai buat kenyataan media dan menuding jari pada orang lain kerana akibatnya memporak perandakan PKR itu sendiri...Inilah tangan-tangan yang merosakkan keutuhan serta ketelusan perjuangan rakyat yang telah dibawa daripada 1998.Anasir-anasir seperti inilah yang telah merosakkan keyakinan rakyat pada parti.Nyahkan mereka...

Bersambung

1Malaysia nak tahu

2 comments:

One Nie Group said...

setelah teruk memperjuangkan kebenaran.ada pulak yang menkhianat perjuanagan kiat,dah duduk diatas buat celaka.

Orang Kampong said...

Tahniah kepada pengendali blog keraana meneruskan mengutarakan dasar perjuangan iaitu mengatakan yang benar.

Dalam mengutara kebenaran sudah tentu saudara mepunyai matlamat yang murni iaitu menyatakan segala kebobrokan orang yang patut disingkirkan.

Siapakah yang dicadangkan untuk mengambil alih tempat setelah mencapai matlamat untuk menyingkirkan mereka yang "mengkhianati" perjuangan parti.

Saya berharap saudara telah mempunyai barisan yang mantap yang dapat mengambil alih tempat-tempat "pengkhianat-pengkhianat" ini.