10 July, 2009

Malaysiakini - Arahan Pada Ketua Cabang Untuk Para Bloggers - Siri 15

Malaysiakini

Jahil dan Pengecut...itulah kata-kata yang layak dikeluarkan kepada PKR Pulau Pinang apabila mengeluarkan surat mengarahkan tindakan di ambil kepada para bloggers.

Tindakan tegas termasuk tindakan disiplin akan dikenakan kepada ahli parti yang menulis dalam blog peribadi mereka jika mengkritik parti. Perkara ini adalah satu langkah terkebelakang dalam laungan kebebasan media serta kebebasan bersuara yang telah direncanakan oleh mereka sebelum ini.

Alasan menggunakan platform dalaman adalah alasan yang cukup dangkal kerana sudah terbukti sebelum ini bagaimana gugurnya Amizuddin Ahmat dalam mempertahankan prinsip dalam isu kuari [SINI] dan [SINI]. Itukah yang dimaksudkan menyelesaikan masalah daripada dalam? Bagaimana pula kenyataan-kenyatan pertikaman lidah antara Datuk Zahrain dengan Ketua Menteri Lim Guang Eng sebelum ini? Mengapa tak ambil tindakan tegas,kenyataan media sedemikian jelas mengelirukan ahli akar umbi?

Dalam mesyuarat awal julai,bagaimana mereka menghentam para bloggers yang terdiri ahli parti termasuk Dr Joyce (salah seorang dalam AJK Bahagia Batu Kawan) kerana mengkritik parti.Mengapa mereka mengatakan ianya boleh mengelirukan akan umbi?

Persoalannya,jawab sama ada benar atau tidak...Jangan berdolak dalih dalam menjawab perkara yang dibangkitkan para bloggers.Teguran tersebut adalah untuk menambah baik untuk kebaikan parti itu sendiri daripada cubaan dirosakkan segelintir individu di dalam parti sama ada ianya disengajakan atau tidak,tetapi itulah hakikatnya.

Tapi,kalau pimpinan PKR Pulau Pinang masih ego dan tak hormat saranan Presiden Parti dalam Kongres tahun lalu yang menghormati peranan Bloggers dalam kejayaan PRU-12 yang lepas. Blog ini tanpa rasa sangsi dan tanpa rasa takut mencabar PKR Pulau Pinang mengambil tindakan kepada para Bloggers. Biar rakyat tengok cakap tak serba bikin..Kebebasan bersuara konon....

Blog ini juga tidak akan teragak-agak membongkarkan kepincangan bukan sahaja anasir-anasir perosak parti di Pulau Pinang...tetapi termasuk di negeri jirannya iaitu Kedah. Nak sembunyi apa hah? Nak sembunyikan musang dalam reban ayam? Nak sembunyikan harimau dalam kandang kerbau?Nak mengkeldaikan ahli-ahli akar umbi dengan politik rakus,hipokrit serta masih berpahaman UBN (UMNO-BN).Tungguuuu...........

Bersambung

1Malaysia nak tahu

6 comments:

Hijat Panjang... said...

woii...PAS P.Pinang cadang nak jumpa dengan para bloggers Pakatan Rakyat di P.Pinang...cehh...PKR nak ambek tindakan terus pada bloggers Pakatan Rakyat...???? Apa Ni...??? Selama ni awat Parti ada SPONSOR ka Bloggers-bloggers ni??? Guna Duit Dana Parti..??? Sekupang HARAM pun sendiri yang punyaa......

Hijat Panjang... said...

bloggers-bloggers BODO yang dok ada bercambah ni la yang bagi Gelombang Rakyat BANGKIT & Memenangkan Wakil-wakil Rakyat Masa Pilihan Raya Umum yang sudahhh.... Mau Ingat Sama Kawannn....

Hijat Panjang... said...

lain kali panggil la jumpa dengan bloggers-bloggers...bukannya nak mintak duit sekupang dua dari parti atau pemimpin, tapi kita dok berbincang, mana yang patut bloggers tolong, akan diusahakan...kalau tegoq, tolong la dengaq...bukannya apa, untuk kepentingan semua pihak jugakkk....

cheguBard said...

la ...lalalalaa...lalalalalaa....lalalala

makan nasi tomato ler woi...

Orang Kampong said...

Saya terpanggil untuk memberi komen mengenai perkembangan di dalam PKR akhir-akhir ini. Ketua Cabang sedia berjumpa dan membuat ketetapan dalam hal-hal perjalanan parti.

Akan tetapi perbincangan serta tindakan yang diambil tidak menguntungkan perjuangan parti, hanya melahirkan perasaan ketidak puasan hati.

Bermula dengan blog alahai kini diikuti pula dengan diamjoedah mai. Adakah itu sahaja perjuangan yang hendak diketengahkan oleh para bloggers dan pimpinan parti?

Kini memorendun akan diserahkan kepada Ketua Umum mengenai ketidak puasan hati Ketua Cabang. Lupakan kita bahawa perjuangan PKR adalah lebih besar dan lebih murni. Dan adakan para pimpinan cabang sedar betapa kesaorangannya DSAI dalam menghadapi kesnya di mahkamah.

Tidak ada pimpinan yang membincangn untuk memberi sokongan kepada DSAI dalam masa beliau menghadapi keadaan getir seperti ini. Pimpinan seharusnya mengenepikan persoalan pingat dan jawatan untuk menghadapi perjuangan yang lebih besar untuk kepentingan semua lapisan ahli.

Unknown said...

Saalam Semua,
...jadilah seperti cermin yang baik,yang akan memberitahu tentang apa yang tidak kena...cermin juga dapat membetulkan apa yang kurang...
jangan pula dipecahkan cermin...hanya kerana melihat kehodohan dan ketidak rapian diri!

...kita akan kekurangan apabila kita tak melihat.... "cermin"
...begitu juga kita tidak akan terurus...jika kita kehilangan 'cermin"...aaaaarr