23 August, 2009

PEMBACA BOLEH NILAI SENDIRI TAHAP MINDA PENULIS KOMENTAR INI

Komen sebelum ini.

1 comments:

johari said...

Salam kepada pengendali laman web ini tolong lah istihar nama tuan yang sebenar. Sikap tidak bertanggung jawab dan menabur fitnah dari saudara adalah sikap yang sangat keji. Saya berdiam diri begini lama apabila saudara menulis tentang cerita karut dan fitnah tentang diri saya. Asal laman web ini adalah untuk menyerang dan memfitnah saya tetapi sekarang ini pula telah di muatkan dengan memnyerang dan memfitnah orang lain. Saya berharap saudara lebih bertanggungjawap dan berani memperkenalkan diri dari menjadi blogger yang memfitnah dan tidak bermoral serta ponen. Saya menjemput kepada semua penulis komen yang selama ini menggunakan nama samaran juga mengkritik saya supaya menalipon saya di talian 0194491450 untuk berdialog, itu pun kalau berani.....Saya kenal orang yang mengendalikan laman blog ini tapi saya nak beliu sendiri yang lebih berani menampilkan diri sendiri itu barulah namanya jantan. Johari Kassim
August 17, 2009 12:03 PM


ADUN LUNAS KELUAR PKR

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd. Radzhi Salleh keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi wakil rakyat bebas.Bahagian PKR Padang Serai turut dibubarkan. Tukartiub


Nota

Ponen = Pondan,Penakut,Bacul dsbnya yang berkaitan

Pembaca boleh menilai sendiri tahap minda penulis komentar ini.Komentar di atas boleh terus menulis dengan pelbagai tuduhan serta tanggapan...tetapi hakikat orang sekarang cerdik menilai dan menganalisis isu.Mereka tidak lupa apa yang berlaku dan kenyataan yang telah keluar sebelum ini.Jika blog ini memfitnah seperti yg dimaksudkan oleh komentar,para pembaca boleh membaca rangkuman cerita ini sehingga kewujudan blog ini melalui http://alahaifairustkmpenang.blogspot.com mulai selepas Siri 86 sehingga Siri 95.pembaca nilailah sendiri & Renungkanlah...

22 August, 2009

Malaysiakini - WAHAB OH WAHAB - Siri 19

Malaysiakini

WAHAB SELALUNYA DIJADIKAN ORANG SURUHAN,beliau adalah seorang individu yang boleh dipergunakan oleh pihak yang terdesak,jika di lihat,wahab kelihatan normal seperti manusia biasa namun hakikatnya wahab mempunyai penyakit misteri yang tidak di ketahui.

Wahab tinggal di sebuah kampung di daerah KULIM.Wahab tinggal bersama ibunya yang tua dan menghadapi penyakit lumpuh.Sifat wahab yang kaki no ekor/tikam ekor menyebabkan wahab selalu meninggalkan ibunya seorang diri di rumah.

Ketika hampir PRU 12 WAHAB sememangnya baik dengan Radzi Salleh dan pernah tidur sekali di bilik gerakkan UTAMA PADANG SERAI (tido saja ya,lain-lain tak tulis...jangan salah tafsir nanti melencong plak.hehehe).Selepas 2004 wahab tiada pekerjaan dan beliau lebih suka merayau-rayau dan menjadi orang suruhan seperti berjumpa bomoh no ekor dll.

Dikhabarkan Bekas KETUA BAHAGIAN PKN PADANG SERAI (nak tahu cari sendiri) antara orang yang menyuruh WAHAB berjumpa bomoh no ekor,walau di mana pun wahab sanggup dan akan menurut sahaja kehendak BEKAS KETUA BAHAGIAN PKN.Pernah satu hari wahab sanggup hingga ke GRIK untuk berjumpa bomoh no ekor atas arahan bekas KETUA BAHAGIAN PKN PADANG SERAI.

Dengan bermodalkan RM10 yang di berikan,maka wahab tetap patuh kepada BEKAS KETUA BAHAGIAN PKN pergi juga ke GRIK walaupun dengan sebuah MOTOSIKAL HONDA C70 berwarna merah daripada kulim ke grik.WAHAD TELAH MENGKHIANATI Sdr Shamsul apabila bersekongkol dengan RADZI SALLEH.Malahan WAHAB sudah tidak bertegur sapa dengan sahabatnya apabila menasihati agar tidak bersama Radzi kerana beliau mengetahui sudah mula mengetahui latar belakang Radzi.

Walau bagaimanapun,nasihat itu tidak diendahkan walaupun Sdr Shamsul orang yang banyak membantu WAHAB ketika susah dan sakit.Ketika sakit sahabat itulah yang membantu dari segi kewangan dan membeli motosikal tersebut kepada WAHAB sebagai kegunaan harian.

Namun semua itu di lupakan WAHAB kerana terpukau dengan janji RADZI SALLEH dengan jawatan dan adu domba RADZI SALLEH sebelum jadi calon.Pada ketika penulisan blog ini,wahab baru sahaja di tamatkan kontrak daripada penerangan KERAJAAN KEDAH kerana di percayai menyalurkan maklumat-maklumat penting kerajaan PR sekarang KEPADA UMNO.Selepas itu PKR kedah merestui pula WAHAB MENJADI AHLI MAJLIS MPKK KULIM..adooooi la…adoi....

Untuk pengetahuan anda,selepas sahaja PRU 12 wahab ini juga dikesan menjadi infomer kepada UMNO dan menjadi tali barut dalam PR untuk UMNO.Bahkan sudah ada penglibatan 5 ADUN PR Kedah termasuk ADUN daripada PAS yang sudah bersama Radzi untuk menukar kerajaan PR kedah sebagai mana kes Perak.

Tetapi pengambil alihan Kedah kali ini lebih berhati-hati serta ADUN yang lompat nanti akan menuruti perlembagaan serta termasuk mereka yang 'punya' kuasa memanggil sidang Dewan (anda tahukan siapa yang dimaksudkan,beliau juga dikhabarkan sudah bersama UMNO sekarang) berdasarkan pengalaman daripada kes rampasan kuasa di Perak.

Bahkan,Jamaluddin (bekas ADUN Behrang-sekarang istihar ADUN BEBAS Perak) sudah beberapa kali ke Kedah bersama dengan seorang ADUN yang berpangkat EXCO Kerajaan Negeri ke rumah bekas pembantu Mahathir Khalid yang juga Adun Bayu sekarang.Ezam juga sudah beberapa kali ke Kedah,gambar Ezam ke rumah sahabatnya Sdr Zamil juga boleh di lihat dalam blog-blog pro BN.

Informer UMNO dalam Kerajaan PR Kedah

Bersambung…

1Malaysia nak tahu

19 August, 2009

Malaysiakini - RADZI TAWARKAN AHLI MAJLIS - Siri 18

Apabila radzi berjaya mendapat tempat untuk bertanding di DUN LUNAS,beliau telah cuba sedaya upaya mendapatkan sokongan serta meyakinkan Cikgu Hamid,Radzi telah berjanji dengan jawatan ahli majlis kepada Cikgu Hamid sekirannya beliau menang dan kedah berjaya di rampas oleh PKR dan PAS.

Mengapa Cikgu Hamid akhirnya terpaksa merestui Radzi?Perkara ini adalah berpunca kerana Cikgu Hamid merasa sakit hati apabila kegagalan serta niat beliau untuk menjadi calon di DUN LUNAS berpunca daripada tentangan oleh AJK beliau sendiri.Mereka adalah terdiri daripada Sdr Shahidan,Sdr Nizam Baharuddin,Sdri Rohana,Sdr Shaari & Sdr K Sevan (bukan YB Hutan Melintang di Perak ya)

Oleh itu Cikgu Hamid telah menerima Radzi bagi ingin membalas dendam terhadap AJK BAHAGIAN yang tidak mahu beliau menjadi calon.Kenapakah Radzi yang di pilih?

Untuk pengetahuan pembaca,AJK BAHAGIAN yang menentang Cikgu Hamid sudah mencadangkan nama calon yang lebih berkrebiliti pada rakyat untuk bertanding DI LUNAS,maka terjadilah pergeseran di antara Cikgu Hamid dan juga AJK-AJK beliau.Kumpulan AJK-AJK yang menentang Cikgu Hamid telah menawarkan seorang calon India.

Pada masa yang sama calon India tersebut juga NAIB KETUA BAHAGIAN PADANG SERAI iaitu saudara Muniandy (Endy).Radzi sudah mendapat idea bagi melobi dirinya dan beliau bersama Cikgu Hamid telah berkempen ke kampung-kampung dan AJK peringkat Cawangan walaupun pada masa itu DEWAN RAKYAT tidak di bubarkan lagi.

Mereka menghebahkan kepada pengundi lunas jika tidak menerima RADZI sebagai calon,mereka akan mendapat calon india dan orang melayu tak akan dapat apa-apa.Di jaja lah merata tempat bahawa satu kumpulan sedang membawa calon india dan mengatakan LUNAS hanya untuk melayu dan tidak boleh kepada India.

RADZI ketika itu menjadi tukang karut,pernah satu pagi Radzi dan Cikgu Hamid telah berjumpa dengan seorang sahabat iaitu Sdr Latif yang juga salah AJK BAHAGIAN,mereka berkata india ini menyusahkan dan mereka tak suka kepada calon India.

Akhirnya apabila asyik bercakap Cikgu Hamid terlupa bahawa Sdr Latif yang mereka jumpa itu juga INDIA MUSLIM.RADZI juga mengutuk India dengan gelaran yang tidak enak di dengar sehinggakan sahabat tersebut marah dengan apa yang Radzi cakapkan.RADZI sebenarnya mengamalkan perkauman yang serius tetapi telah di terima sebagai calon dengan menggunakan taktik dan strategi yang cukup kotor lagi hina.

Radzi juga telah mengatakan bahawa beliau mempunyai ladang jagung dan mengakui sekiranya beliau menjadi calon,beliau akan mengagihkan keuntungan kepada individu yang menyokongnya menjadi calon.Beliau berikan sebuah kereta kepada Cikgu Hamid untuk kegunaan peribadi Cikgu Hamid bagi membalas sokongan beliau untuk Radzi menjadi calon.Walau bagaimanapun Cikgu Hamid tak mampu memandu sendiri dan kereta Toyota LE itu di berikan kepada WAHAB.

Siapa wahab di mata RADZI?

Bersambung....

1Malaysia nak tahu

17 August, 2009

Malaysiakini - DARI PULAU PINANG,KITA KE KEDAH - SIRI 17

YB RADZI SALLEH siapa yang tak kenal?Maknanya mamat nih tak turun padang.Radzi pada mulanya kerja politik setelah dinasihatkan berhenti sebagai POS MASTER di UUM SINTOK Kedah,berhasrat ingin bertanding di PARLIMEN MERBOK.

Selepas beliau membuat tinjauan di merbok,bukan mudah untuk bersaing dgn suara-suara pimpinan Bahagian PKR MERBOK ketika itu bagi mendapatkan tempat untuk bertanding di sana.Kisah beliau pergi ke MERBOK beralih pula datang ke lunas untuk melihat suasana di padang serai khususnya.

Ketika cuba membuat tawaran diri menjadi calon,RADZI SALLEH mendapat tentangan hebat Ketua Bahagian padang serai Cikgu Hamid (Istihar Keluar PKR sewaktu PRK Bukit Selambau).Bermulanya,daripada situlah,Radzi Salleh menukar fikiran untuk ke parlimen merbok buat seketika.

Akhirnya beliau membuat keputusan tekad untuk berpatah balik menawarkan diri bertanding di DUN LUNAS dengan menebalkan muka dan memohon restu kepada ketua bahagian untuk bertanding di lunas,inilah 1 kelebihan Radzi yang mungkin anda tidak ketahui.

Berbohong sudah sebati dalam setiap percakapan beliau,kalau tidak...macam mana la sekarang dah nak masuk 5 isteri walaupun sudah punya 4 isteri di mana salah seorangnya berada di Langkawi.Sikap gila bertanding menyebabkan radzi salleh terpaksa membuat lakonan dan helah supaya mendapat restu Ketua Bahagian Padang Serai untuk bertanding juga di Lunas.

Ketika tiada harapan lagi untuk Radzi Salleh di terima Cikgu Hamid,beliau berusaha ke sana ke mari untuk mencari suaka serta sokongan bagi menjadi calon.Beliau di bantu oleh Cikgu Azhar Jerlun yang terus mempromosikan diri RADZI SALLEH kepada penduduk lunas.Tentangan ketua bahagian padang serai ketika itu agak serius kerana Cikgu Hamid itu sendiri berhasrat ingin menjadi calon di DUN Lunas.

Sudahlah pada PRU-11 tahun 2004,Cikgu Hamid yang hampir-hampir menjadi calon tetapi di gantikan oleh TIAN CHUA di saat akhir.Di fahamkan Cikgu Hamid juga sudah bersiap sedia termasuk menyiapkan gambar untuk di jadikan poster calon tetapi Cikgu Hamid tidak terpilih juga hingga saat akhir setelah Radzi berusaha dengan segala yang ada dengan tipu helah untuk meyakinkan Pimpinan.Akhirnya CIKGU HAMID terpaksa merestui Radzi Salleh dipilih untuk menjadi calon PKR di DUN LUNAS.Kenapa Cikgu Hamid merestui Radzi Salleh?

Bersambung…

1Malaysia nak tahu

14 August, 2009

Malaysiakini - SETUJU DENGAN PENDAPAT ANDA UNTUK MENULIS TETAPI .... SIRI 16

Malaysiakini

Sudah lama tidak menulis memandangkan ada beberapa isu yang berlaku bukan sahaja dengan PKR Pulau Pinang sejak muktahir ini,bahkan PKR Kedah juga sedang dipantau mengenai isu-isu yang boleh menggugat kerjasama PR dalam pentadbiran Negeri Kedah.

Bukan itu sahaja,malah sudah ada ADUN daripada PAS yang sudah menyertai kumpulan mereka yang sudah tentunya pentadbiran PR Kedah berada 'bagai telur di hujung tanduk' hasil kerja tangan beberapa kumpulan EX-PKR (sudah tentu anda boleh mentelaah siapa mereka).

Dalam pada itu,tertarik juga dengan komen daripada pembaca blog ini iaitu ORANG KAMPUNG di mana komen yang beliau tinggalkan berbunyi :-

Saya terpanggil untuk memberi komen mengenai perkembangan di dalam PKR akhir-akhir ini. Ketua Cabang sedia berjumpa dan membuat ketetapan bukan dalam hal-hal perjalanan parti atau kebaikan ahli akan tetapi yang tidak menguntungkan perjuangan parti, hanya melahirkan perasaan ketidak puasan hati mereka sendiri.

Bermula dengan blog alahai kini diikuti pula dengan diamjoedah mai, para penggendali blog mengkritik sesiapa sahaja pemimpin yang dijangka tidak memberi sumbangan terbaik.

Kini giliran Pengerusi dan Setiausaha Perhubungan.Adakah itu sahaja yang hendak diketengahkan oleh para bloggers untuk menuntut pengurusan dan kepimpinan parti yang lebih unggul?Kini memorendun akan diserahkan kepada Ketua Umum mengenai ketidak puasan hati Ketua Cabang. Lupakan kita bahawa perjuangan PKR adalah lebih besar dan lebih murni.

Dan adakan para pimpinan cabang sedar betapa kesaorangannya DSAI dalam menghadapi kesnya di mahkamah. Tidak ada pimpinan yang membincangn untuk memberi sokongan kepada DSAI dalam masa beliau menghadapi keadaan getir seperti ini. Pimpinan dan pengendali blog seharusnya mengenepikan persoalan yang remeh (pingat dan jawatan)dan hadapi perjuangan yang lebih besar untuk kepentingan semua lapisan ahli.

July 22, 2009 4:50 PM

Saya bersetuju kerana hak beliau untuk bersuara dalam komentar yang ditinggalkan,tetapi apakah kita sedar bahawa persoalan yang perlu di jawab :-

-Pernahkah kepedulian mengenai masalah-masalah ini di perhatikan oleh pimpinan parti apabila dibangkitkan oleh akar umbi?pandangan dianggap bagaikan sampah,dipandang enteng dan sinis sahaja oleh mereka (bak kata orang tua-tua,pandang hujung mata saja)?Mengkritik pimpinan & menghantar memorandum secara tertutup yang telah mencalarkan imej PKR Negeri pada pandangan akar umbi itu menjadi 1 kesalahan?Aduh...macam UMNO juga tak boleh tegur?

-Mereka ini pernahkah terfikir dengan apa yang berlaku pada Datuk Seri Anwar?kalau mereka terfikir...mengapa agenda politik kotor diletakkan keutamaan daripada menyelesaikan agenda rakyat dan kewajaran mengotakan segala janji-janji semasa kempen?

-Apakah akan berlaku sekiranya Datuk Seri Anwar dihantar semula ke penjara?ke mana mereka akan bawa haluan parti?Dalam keadaan Datuk Seri Anwar masih diluar pun,banyak perkara yang disembunyikan termasuk pendedahan ahli akar umbi mengenai kepincangan beberapa pemimpin yang korup & bermasalah?

-Nak bawa budaya politik UMNO?Depan mata berlaku banyak kepincangan,bila ada yang tegur,di salahkan pula.Bila ada yang buat sidang media,mereka di persalahkan.Bila Datuk Seri Zahrain bertembung dengan Lim Guan Eng secara terbuka dalam media,mana dia suara yang cuba menghalang pertembungan serta kekalutan ini?Bila Johari Kassim gunakan media isu boikot lantikan YDP MPSP,mana dia suara yang nak menegurkan serta suara yang minta supaya Johari Kassim perlu diambil tindakan?Mana dia?Akhirnya main sentimen maruah parti serta DAP racist bagi menghalalkan perbuatan mereka.

Kalau begitu,mana dia Johari Kassim dan pimpinan PKR negeri mengenai kenyataan biadap Jeff Oii?Mana dia?Adoi la...Saya hanya lihat 2 kenyataan media oleh Exco Agama Pulau Pinang (yang dibenci oleh Fairus serta kuncu2 yang pertahankan fairus) serta Ketua AMK Bayan Baru serta penulisan para bloggers yang dianggap 'bodoh' satu ketika dahulu & cuba diambil tindakan di Pulau Pinang.Yang lain mana?Setiausaha negeri mana?Ketua perhubungan Negeri mana?Ketua AMK negeri di mana?bahkan Johari Kassim sendiri di mana?Lupa no tel wartawan?Sudah la jangan sembunyikan dengan agenda politik mereka yang boleh mengancam PKR & PR mempertahankan Pulau Pinang.

-Apakah dengan perlakuan mereka ini,menjaga agenda sebenar perjuangan parti ataupun mereka meletakkan perjuangan parti dahulu daripada agenda peribadi?No...No...No...akar umbi sudah sikit tawar hati,jangan 1 hari mereka ini meluat.akibatnya melarat !!!

Komentar anda saya hormati,tetapi lontaran ini juga perlu diteliti.Apakah nak membiarkan PR Pulau Pinang rosak serosaknya baru kita mahu menuding jari si anu dan si anu?Bahkan bila dihayati seorang lagi komentar yang boleh anda semua berfikir kewarasan komentarnya agar kita tidak terleka jauh apabila tidak boleh ditegur.hanyati komen beliau...

haby said...
Saalam Semua,...jadilah seperti cermin yang baik,yang akan memberitahu tentang apa yang tidak kena...


cermin juga dapat membetulkan apa yang kurang...jangan pula dipecahkan cermin...hanya kerana melihat kehodohan dan ketidak rapian diri!...

kita akan kekurangan apabila kita tak melihat.... "cermin" ...begitu juga kita tidak akan terurus...jika kita kehilangan 'cermin"...aaaaarr

July 29, 2009 10:32 PM

Maaf jika menguris hati

Bersambung....

1Malaysia nak tahu

13 July, 2009

APABILA 'DATUK SERI' ZAHRAIN BERSUARA

By Manjit Kaur, The Star

State PKR chairman Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim said show-cause letters would be sent to members found organising secret meetings.

He said that as far as he was concerned, he had not heard of any such meeting organised by those unhappy with his leadership.

"I am not aware about it as I am hearing this from members of the media. If the media knows about the meetings and who organised them, then they should give me the names.

"And if indeed the news is true, then I will not hesitate to send show-cause letters to those involved," he told reporters after receiving the Darjah Gemilang Pangkuan Negri award, which carried the title Datuk Seri, at the investiture ceremony in conjunction with Yang di-Pertua Negri Tun Abdul Rahman Abbas’ 71st birthday celebrations at Dewan Sri Pinang here today.

It was reported in a Chinese newspaper that 10 of the 13 PKR divisions had attended a secret meeting.

It was also reported that nine divisions had agreed that the new chairman should take charge in Penang.

Zahrain said if there was indeed such a meeting, that those organising it had bad intentions.

"My relationship with all the division heads is fine, and I don’t have any problems with Datuk Seri Anwar Ibrahim as well," he said.

Later, Chief Minister Lim Guan Eng said that the DAP did not recommend any of its party members to be conferred state awards.

However, he said other political parties in Pakatan Rakyat were free to give their recommendations.

SUMBER

10 July, 2009

Malaysiakini - Arahan Pada Ketua Cabang Untuk Para Bloggers - Siri 15

Malaysiakini

Jahil dan Pengecut...itulah kata-kata yang layak dikeluarkan kepada PKR Pulau Pinang apabila mengeluarkan surat mengarahkan tindakan di ambil kepada para bloggers.

Tindakan tegas termasuk tindakan disiplin akan dikenakan kepada ahli parti yang menulis dalam blog peribadi mereka jika mengkritik parti. Perkara ini adalah satu langkah terkebelakang dalam laungan kebebasan media serta kebebasan bersuara yang telah direncanakan oleh mereka sebelum ini.

Alasan menggunakan platform dalaman adalah alasan yang cukup dangkal kerana sudah terbukti sebelum ini bagaimana gugurnya Amizuddin Ahmat dalam mempertahankan prinsip dalam isu kuari [SINI] dan [SINI]. Itukah yang dimaksudkan menyelesaikan masalah daripada dalam? Bagaimana pula kenyataan-kenyatan pertikaman lidah antara Datuk Zahrain dengan Ketua Menteri Lim Guang Eng sebelum ini? Mengapa tak ambil tindakan tegas,kenyataan media sedemikian jelas mengelirukan ahli akar umbi?

Dalam mesyuarat awal julai,bagaimana mereka menghentam para bloggers yang terdiri ahli parti termasuk Dr Joyce (salah seorang dalam AJK Bahagia Batu Kawan) kerana mengkritik parti.Mengapa mereka mengatakan ianya boleh mengelirukan akan umbi?

Persoalannya,jawab sama ada benar atau tidak...Jangan berdolak dalih dalam menjawab perkara yang dibangkitkan para bloggers.Teguran tersebut adalah untuk menambah baik untuk kebaikan parti itu sendiri daripada cubaan dirosakkan segelintir individu di dalam parti sama ada ianya disengajakan atau tidak,tetapi itulah hakikatnya.

Tapi,kalau pimpinan PKR Pulau Pinang masih ego dan tak hormat saranan Presiden Parti dalam Kongres tahun lalu yang menghormati peranan Bloggers dalam kejayaan PRU-12 yang lepas. Blog ini tanpa rasa sangsi dan tanpa rasa takut mencabar PKR Pulau Pinang mengambil tindakan kepada para Bloggers. Biar rakyat tengok cakap tak serba bikin..Kebebasan bersuara konon....

Blog ini juga tidak akan teragak-agak membongkarkan kepincangan bukan sahaja anasir-anasir perosak parti di Pulau Pinang...tetapi termasuk di negeri jirannya iaitu Kedah. Nak sembunyi apa hah? Nak sembunyikan musang dalam reban ayam? Nak sembunyikan harimau dalam kandang kerbau?Nak mengkeldaikan ahli-ahli akar umbi dengan politik rakus,hipokrit serta masih berpahaman UBN (UMNO-BN).Tungguuuu...........

Bersambung

1Malaysia nak tahu