14 August, 2009

Malaysiakini - SETUJU DENGAN PENDAPAT ANDA UNTUK MENULIS TETAPI .... SIRI 16

Malaysiakini

Sudah lama tidak menulis memandangkan ada beberapa isu yang berlaku bukan sahaja dengan PKR Pulau Pinang sejak muktahir ini,bahkan PKR Kedah juga sedang dipantau mengenai isu-isu yang boleh menggugat kerjasama PR dalam pentadbiran Negeri Kedah.

Bukan itu sahaja,malah sudah ada ADUN daripada PAS yang sudah menyertai kumpulan mereka yang sudah tentunya pentadbiran PR Kedah berada 'bagai telur di hujung tanduk' hasil kerja tangan beberapa kumpulan EX-PKR (sudah tentu anda boleh mentelaah siapa mereka).

Dalam pada itu,tertarik juga dengan komen daripada pembaca blog ini iaitu ORANG KAMPUNG di mana komen yang beliau tinggalkan berbunyi :-

Saya terpanggil untuk memberi komen mengenai perkembangan di dalam PKR akhir-akhir ini. Ketua Cabang sedia berjumpa dan membuat ketetapan bukan dalam hal-hal perjalanan parti atau kebaikan ahli akan tetapi yang tidak menguntungkan perjuangan parti, hanya melahirkan perasaan ketidak puasan hati mereka sendiri.

Bermula dengan blog alahai kini diikuti pula dengan diamjoedah mai, para penggendali blog mengkritik sesiapa sahaja pemimpin yang dijangka tidak memberi sumbangan terbaik.

Kini giliran Pengerusi dan Setiausaha Perhubungan.Adakah itu sahaja yang hendak diketengahkan oleh para bloggers untuk menuntut pengurusan dan kepimpinan parti yang lebih unggul?Kini memorendun akan diserahkan kepada Ketua Umum mengenai ketidak puasan hati Ketua Cabang. Lupakan kita bahawa perjuangan PKR adalah lebih besar dan lebih murni.

Dan adakan para pimpinan cabang sedar betapa kesaorangannya DSAI dalam menghadapi kesnya di mahkamah. Tidak ada pimpinan yang membincangn untuk memberi sokongan kepada DSAI dalam masa beliau menghadapi keadaan getir seperti ini. Pimpinan dan pengendali blog seharusnya mengenepikan persoalan yang remeh (pingat dan jawatan)dan hadapi perjuangan yang lebih besar untuk kepentingan semua lapisan ahli.

July 22, 2009 4:50 PM

Saya bersetuju kerana hak beliau untuk bersuara dalam komentar yang ditinggalkan,tetapi apakah kita sedar bahawa persoalan yang perlu di jawab :-

-Pernahkah kepedulian mengenai masalah-masalah ini di perhatikan oleh pimpinan parti apabila dibangkitkan oleh akar umbi?pandangan dianggap bagaikan sampah,dipandang enteng dan sinis sahaja oleh mereka (bak kata orang tua-tua,pandang hujung mata saja)?Mengkritik pimpinan & menghantar memorandum secara tertutup yang telah mencalarkan imej PKR Negeri pada pandangan akar umbi itu menjadi 1 kesalahan?Aduh...macam UMNO juga tak boleh tegur?

-Mereka ini pernahkah terfikir dengan apa yang berlaku pada Datuk Seri Anwar?kalau mereka terfikir...mengapa agenda politik kotor diletakkan keutamaan daripada menyelesaikan agenda rakyat dan kewajaran mengotakan segala janji-janji semasa kempen?

-Apakah akan berlaku sekiranya Datuk Seri Anwar dihantar semula ke penjara?ke mana mereka akan bawa haluan parti?Dalam keadaan Datuk Seri Anwar masih diluar pun,banyak perkara yang disembunyikan termasuk pendedahan ahli akar umbi mengenai kepincangan beberapa pemimpin yang korup & bermasalah?

-Nak bawa budaya politik UMNO?Depan mata berlaku banyak kepincangan,bila ada yang tegur,di salahkan pula.Bila ada yang buat sidang media,mereka di persalahkan.Bila Datuk Seri Zahrain bertembung dengan Lim Guan Eng secara terbuka dalam media,mana dia suara yang cuba menghalang pertembungan serta kekalutan ini?Bila Johari Kassim gunakan media isu boikot lantikan YDP MPSP,mana dia suara yang nak menegurkan serta suara yang minta supaya Johari Kassim perlu diambil tindakan?Mana dia?Akhirnya main sentimen maruah parti serta DAP racist bagi menghalalkan perbuatan mereka.

Kalau begitu,mana dia Johari Kassim dan pimpinan PKR negeri mengenai kenyataan biadap Jeff Oii?Mana dia?Adoi la...Saya hanya lihat 2 kenyataan media oleh Exco Agama Pulau Pinang (yang dibenci oleh Fairus serta kuncu2 yang pertahankan fairus) serta Ketua AMK Bayan Baru serta penulisan para bloggers yang dianggap 'bodoh' satu ketika dahulu & cuba diambil tindakan di Pulau Pinang.Yang lain mana?Setiausaha negeri mana?Ketua perhubungan Negeri mana?Ketua AMK negeri di mana?bahkan Johari Kassim sendiri di mana?Lupa no tel wartawan?Sudah la jangan sembunyikan dengan agenda politik mereka yang boleh mengancam PKR & PR mempertahankan Pulau Pinang.

-Apakah dengan perlakuan mereka ini,menjaga agenda sebenar perjuangan parti ataupun mereka meletakkan perjuangan parti dahulu daripada agenda peribadi?No...No...No...akar umbi sudah sikit tawar hati,jangan 1 hari mereka ini meluat.akibatnya melarat !!!

Komentar anda saya hormati,tetapi lontaran ini juga perlu diteliti.Apakah nak membiarkan PR Pulau Pinang rosak serosaknya baru kita mahu menuding jari si anu dan si anu?Bahkan bila dihayati seorang lagi komentar yang boleh anda semua berfikir kewarasan komentarnya agar kita tidak terleka jauh apabila tidak boleh ditegur.hanyati komen beliau...

haby said...
Saalam Semua,...jadilah seperti cermin yang baik,yang akan memberitahu tentang apa yang tidak kena...


cermin juga dapat membetulkan apa yang kurang...jangan pula dipecahkan cermin...hanya kerana melihat kehodohan dan ketidak rapian diri!...

kita akan kekurangan apabila kita tak melihat.... "cermin" ...begitu juga kita tidak akan terurus...jika kita kehilangan 'cermin"...aaaaarr

July 29, 2009 10:32 PM

Maaf jika menguris hati

Bersambung....

1Malaysia nak tahu

1 comment:

Hijat Panjang... said...

hmmmm...cukop sebulan noo hang baru buat artikel, nukilan baru... lawan..lawan tetap lawan... lawan sampai ke titisan peluh yang terakhir...

ranting, cabang ditukar dari = cawangan, bahagian... akar umbi pulak ??? = rakyat, penyokong..???