19 August, 2009

Malaysiakini - RADZI TAWARKAN AHLI MAJLIS - Siri 18

Apabila radzi berjaya mendapat tempat untuk bertanding di DUN LUNAS,beliau telah cuba sedaya upaya mendapatkan sokongan serta meyakinkan Cikgu Hamid,Radzi telah berjanji dengan jawatan ahli majlis kepada Cikgu Hamid sekirannya beliau menang dan kedah berjaya di rampas oleh PKR dan PAS.

Mengapa Cikgu Hamid akhirnya terpaksa merestui Radzi?Perkara ini adalah berpunca kerana Cikgu Hamid merasa sakit hati apabila kegagalan serta niat beliau untuk menjadi calon di DUN LUNAS berpunca daripada tentangan oleh AJK beliau sendiri.Mereka adalah terdiri daripada Sdr Shahidan,Sdr Nizam Baharuddin,Sdri Rohana,Sdr Shaari & Sdr K Sevan (bukan YB Hutan Melintang di Perak ya)

Oleh itu Cikgu Hamid telah menerima Radzi bagi ingin membalas dendam terhadap AJK BAHAGIAN yang tidak mahu beliau menjadi calon.Kenapakah Radzi yang di pilih?

Untuk pengetahuan pembaca,AJK BAHAGIAN yang menentang Cikgu Hamid sudah mencadangkan nama calon yang lebih berkrebiliti pada rakyat untuk bertanding DI LUNAS,maka terjadilah pergeseran di antara Cikgu Hamid dan juga AJK-AJK beliau.Kumpulan AJK-AJK yang menentang Cikgu Hamid telah menawarkan seorang calon India.

Pada masa yang sama calon India tersebut juga NAIB KETUA BAHAGIAN PADANG SERAI iaitu saudara Muniandy (Endy).Radzi sudah mendapat idea bagi melobi dirinya dan beliau bersama Cikgu Hamid telah berkempen ke kampung-kampung dan AJK peringkat Cawangan walaupun pada masa itu DEWAN RAKYAT tidak di bubarkan lagi.

Mereka menghebahkan kepada pengundi lunas jika tidak menerima RADZI sebagai calon,mereka akan mendapat calon india dan orang melayu tak akan dapat apa-apa.Di jaja lah merata tempat bahawa satu kumpulan sedang membawa calon india dan mengatakan LUNAS hanya untuk melayu dan tidak boleh kepada India.

RADZI ketika itu menjadi tukang karut,pernah satu pagi Radzi dan Cikgu Hamid telah berjumpa dengan seorang sahabat iaitu Sdr Latif yang juga salah AJK BAHAGIAN,mereka berkata india ini menyusahkan dan mereka tak suka kepada calon India.

Akhirnya apabila asyik bercakap Cikgu Hamid terlupa bahawa Sdr Latif yang mereka jumpa itu juga INDIA MUSLIM.RADZI juga mengutuk India dengan gelaran yang tidak enak di dengar sehinggakan sahabat tersebut marah dengan apa yang Radzi cakapkan.RADZI sebenarnya mengamalkan perkauman yang serius tetapi telah di terima sebagai calon dengan menggunakan taktik dan strategi yang cukup kotor lagi hina.

Radzi juga telah mengatakan bahawa beliau mempunyai ladang jagung dan mengakui sekiranya beliau menjadi calon,beliau akan mengagihkan keuntungan kepada individu yang menyokongnya menjadi calon.Beliau berikan sebuah kereta kepada Cikgu Hamid untuk kegunaan peribadi Cikgu Hamid bagi membalas sokongan beliau untuk Radzi menjadi calon.Walau bagaimanapun Cikgu Hamid tak mampu memandu sendiri dan kereta Toyota LE itu di berikan kepada WAHAB.

Siapa wahab di mata RADZI?

Bersambung....

1Malaysia nak tahu

No comments: