07 July, 2009

Malaysiakini - Lobi Pingat Anugerah TYT - Siri 14

Malaysiakini

Sudahlah isu YDP MPSP masih menghantui hingga menimbulkan beberapa persoalan yang tidak terjawab oleh Johari serta PKR Negeri akibat tersilap langkah,terkini mengenai isu penganugerahan pingat kebesaran TYT dalam ulangtahun Tuan Yang Terutama Negeri Pulau Pinang.

Sudah ada desas desus Ahli Majlis MPPP (Si Katak Lompat daripada Gerakan) yang lompat ke PKR selepas kemenangan PRU-12 akan dianugerahkan pingat 'DJN' (Bawah 1 level untuk "Datuk"). Mengapa ianya boleh terjadi? Siapa dia dan kenapa perlu anugerah pingat sedemikian pada beliau? Datuk Zahrain serta Mustafa Kamal sibuk nak mengatur pingat pada mereka dengan menggunakan platform parti atas arahan sapa?Tangan ghaib si Jamil daripada belakang ya [SINI]?

Perkara ini tersebar sendiri apabila beberapa pimpinan DAP yang merasa hairan mengapa KATAK BESAR (GEMUK) ini boleh dicadangkan oleh PKR untuk penganugerahan yang begitu cepat sekali hanya dengan baru menyertai PKR selepas 8 Mac 2008 dan sewaktu hampir untuk lantikan Ahli Majlis MPPP & MPSP ketika itu.

Apa dah jadi PKR Pulau Pinang? Mengapa ada tangan-tangan ghaib ini mencampuri urusan yang sepatutnya diberikan kepada orang yang benar-benar berjasa pada masyarakat.Mungkin LOMPAT daripada BN masuk PKR adalah jasa besar KATAK GEMUK itu?

Datuk Zahrain mungkin akan selesa dengan penganugerahan "Datuk Seri",YB Senator Mustafa Kamal gigit jari apabila TKM1 bertindak gentleman menarik diri daripada menerima sebarang pingat yang dikhabarkan "Datuk" termasuk mengugurkan penganugerahan kepada YB Senator Mustafa Kamal.

Kalau Ketua Menteri saat-saat akhir menarik cadangan penganugerahan tersebut kepada orang politik serta individu-individu yang disebutkan tadi...pastinya golongan yang serba serbi menggila ini akan terus melompat.

Bersambung

1Malaysia nak tahu

04 July, 2009

Malaysiakini - Pergunakan Parti untuk diri Sendiri - Siri 13

Malaysiakini

Sudah terang lagi bersuluh....

Itulah kata-kata yang selayaknya diungkapkan kepada Johari serta beberapa kerat pimpinan PKR.Perkara ini jelas menampakkan isu sebenar yang cuba dipesongkan oleh Johari.Datuk Zaharin juga bertindak baling batu dan sembunyi tangan apabila beliau merestui tindakan Johari walaupun telah dinasihati TKM1 YB Mansor Othman.

Tindakan beliau itu juga,telah mengugut Kerajaan Negeri untuk melepaskan jawatan sebagai Ahli Majlis MPSP laporan Malaysiakini. 'Sementara itu, Johari memberi amaran bahawa beliau dan lapan orang ahli majlis tersebut dari PKR, mungkin akan letak jawatan serentak sebagai membantah pelantikan Mokhtar.'

Hasil tindakan itu,beliau telah dipecat [SINI] sebagai Ahli Majlis MPSP.Sebelum ini Johari yang mendabik dada dengan ugutan untuk meletakkan jawatan kononnya tidak gilakan jawatan itu,terbukti tidak benar.

Beberapa Ahli Majlis yang ditemui juga mendakwa Johari sememangnya GILA NAK JADI YDP bahkan ada di antara mereka yang tidak mahu Johari melibatkan diri mereka terbabit dalam konflik antara beliau dan kerajaan negeri.

Datuk Zahrain sudah memanggil mesyuarat kepimpinan PKR Negeri,namun Johari telah meminta untuk pimpinan negeri menemui Ketua Menteri Lim Guan Eng bagi mempertahankan beliau demi maruah parti...woooo,tang dia maruah parti ya...kalau tang orang lain...biar apa nak jadi ya [SINI]

Datuk Zahrain sekali lagi telah mengeluarkan kenyataan dangkal beliau yang terhebat memusingkan fakta atau isu sebenar [SINI]

Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim, berkata sebelum ini PKR pusat sudah membuat keputusan supaya Johari tidak dipecat kerana beliau menyesal dengan perbuatan memboikot majlis pelantikan Yang Dipertua MPSP, Mokhtar Mohd Jait, bulan lalu.

Malah, kalau kita mahu bersikap seperti Khalifah Umar Abdul Aziz seperti yang dilaung-laungkan, pemimpin Islam yang bersifat penuh belas kasihan dan adil, jika ada ada orang membuat kesilapan, kita harus bertolak ansur dan mahu mendengar bukannya ambil sikap tidak mahu berjumpa langsung.

Soalan yang patut di jawab oleh Datuk Zahrain...BILA MASA JOHARI MENGAKU KESILAPAN DAN MENYESAL DENGAN PERBUATANNYA?JAWAB DULU DATUK,MANA KENYATAAN MEDIA PENYESALAN JOHARI KASSIM?Dan bila masa Lim Guan Eng tidak mahu bertemu dengan PKR mengenai isu ini [SINI]?Tetapi mereka bertindak seolah-olah tiada ruang untuk perbincangan dengan Kerajaan Negeri.

Salah seorang Ketua AMK Bahagian menyuarakan kekesalan dengan tindakan memboikot majlis angkat sumpah YDP MPSP.

"Kami boleh hantar memorandum secara tertutup & bertemu dengan wakil Kerajaan Negeri Pulau Pinang,perkara ini sudah berlaku [SINI] dan kenapa dia (Johari) yang menggelarkan Exco Keldai tidak bertindak mengarahkan semua Ahli Majlis PKR berjumpa secara tertutup dengan Ketua Menteri?Kenapa buat terus boikot dan kenyataan media?"

Perangai UMNO-BN tak pernah luntur daripada kepala masing-masing. Jangan hanya pandai buat kenyataan media dan menuding jari pada orang lain kerana akibatnya memporak perandakan PKR itu sendiri...Inilah tangan-tangan yang merosakkan keutuhan serta ketelusan perjuangan rakyat yang telah dibawa daripada 1998.Anasir-anasir seperti inilah yang telah merosakkan keyakinan rakyat pada parti.Nyahkan mereka...

Bersambung

1Malaysia nak tahu

20 June, 2009

Malaysiakini - Daripada Pelbagai Sumber

Dear Datuk Seri Anwar Ibrahim,


The Star's report on "Johari To Face PKR Disciplinary Action" dated 17 June 2009 refers.

Thank you for doing the right thing for Pakatan Rakyat.

And since Pakatan Rakyat at the end of the day belongs to the rakyat, by proceeding with this PKR internal disciplinary action, you are doing the right thing for the rakyat and the nation.

This in my view is good leadership.

Although this internal disciplinary action is belated, the fact that an action is now taken is a show of sincerity by PKR to maintain peace and harmony within Pakatan Rakyat. Let this be a lesson and warning to all in Pakatan Rakyat who harbour and place personal gains and personal agendas ahead of the objectives and spirit of Pakatan Rakyat. No one person, regardless of party membership of PKR, DAP or PAS, should be above the party and the rakyat would really love to see that no one person is above Pakatan Rakyat.

Let this be the start of more reconciliatory moves by all Pakatan Rakyat's component parties - for a better Pakatan Rakyat.

Hidup rakyat!


Yours faithfully,

Simon Templar (of Salt, Pepper ANd a little Kicap)



Blog Kicap,Lada & Garam

Malaysia Today

19 June, 2009

Malaysiakini - Johari Peniaga "Berjaya" pekena - Siri 12

Malaysiakini

Salam Sejahtera....

Maaf la nooo....Ceq pi negara jiran daripada hari isnin & khamis baru balik...maklumla la pi cari spare part kereta..Opppssss,spare part kereta ya...bukan pasang spare lagi sorang ya....Ceq bukan la macam sorang Exco Kedah yang dah full house 4 kouta isteri...nak masuk 5 woo,pening lagi 4 isteri,sapa la nak kena cerai.

Ceq pi siam pun bukan jumpa Mahathir Khalid (Penghulu) atau team Zamil nak runding-runding untuk tumbangkan Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah.hehehe,Tak percaya cakap saya?Syyy....tanya dengan Exco tutt!! tengok....Hmm,YB Radzi apa khabar?Sehat?Claim bulan nih dah hantar belum?hehehe

Berbalik pada cerita Johari...Berniaga komputer bertempat di Bandar Perda Seberang Jaya,(Ini la DUN yang Johari nak tawar diri bertanding PRU-13 nanti) sebelum berpindah ke Bertam Kepala Batas.Di situ lah kedai yang johari berniaga komputer.

Apabila terlibat sepenuhnya dengan politik sebelum DAtuk Seri Anwar Ibrahim bebas,beberapa cadangan dibuat bagi menjana ekonomi mereka-mereka yang terlibat sepenuh masa dengan politik PKN.Johari boleh sahkan siapa yang bernama IBNU...hello johari...u kenal tak Ibnu?berapa ratus ribu dia habiskan duit untuk projek KESURI?Masa tuh Mustafa Kamal (Pak Mus) adalah di antara kem Johari sekarang yang terlibat secara langsung dalam projek KESURI....

Hello,RM 200 Ribu duit Ibnu selamat di 'Faraid' masa tuh....Sekarang apa yang Johari dok sibuk ialah jawatan YDP MPSP,Mustafa pula dok gila TYT (Senator dulu,lobi Datuk then bley naik step by step).Korang pernah terfikir apa yang sudah jadi dengan IBNU?Mana dia sekarang,tak pernah terlintas nak cari mereka ajak sama dalam barisan kepimpinan PKR Negeri?

Yang Datuk Zahrain,Mustafa Kamal & Jamil Mohd Nor dok sibuk pi tarik Katak Besar yang jadi Ahli Majlis MPPP,Bekas MIC yang maki petugas PR sewaktu kempen dengan kata-kata kesat pada petugas kita "U Worang Ingat Itu Anwar Boleh Menang" tapi sekarang,Katak Besar Ahli Majlis MPPP (Gerakan) & bekas ahli MIC yang masuk selepas Mac 2008 diberi jawatan penting dalam PKR negeri.Tak percaya juga?Pergi tanya Saudara Chua Tanjong.

Kenapa Johari tak cari semula Ibnu?Tapi kalau korang tanya dia sekarang,macam-macam alasan...Johari juga pernah meminjam lebih kurang RM 100 Ribu daripada YB Datuk Kamarul Ahli Parlimen Telok Kemang untuk menampung perniagaan kedai komputernya yang sudah bermasalah.

Walau bagaimanapun,dia melangsaikan hutang tersebut selama tempoh 1 tahun...bagus...bagus...tapi ada juga yang tak bagus....hehehe...nak tahu?

Bersambung

1Malaysia nak tahu

16 June, 2009

Malaysiakini - Syyyyy,Diam Joe Dah Mai - Siri 11

Malaysiakini

Minggu lalu aku menerima sms bahawa Johari Kassim menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Perlesenan & Penguatkuasaan yang dipengerusikan oleh YDP baru saudara Mokhtar yang telah diboikot perlantikannya dikepalai oleh Johari Kassim.

Kehadiran Johari pada mesyuarat tersebut juga disahkan sendiri oleh 2 orang Ahli Majlis MPSP daripada PKR.Mereka juga rasa terkejut bahkan melihat Johari seolah-olah tidak rasa malu langsung hadir pada mesyuarat dipengerusikan orang yang dia boikot.

Sms yang aku terima ringkas & cukup simple 'Muka Tak Malu,Kata Boikot'.hehe,buat orang gelak saja...macam nih nak jadi pemimpin contoh?Masa buat tak fikir,apa salahnya jumpa dahulu Guan Eng selaku Ketua Menteri.

Dalam perjumpaan tuh nak hentak meja ataupun nak selesaikan secara berhemah.Bolehkan?

"Dulu pandai cakap pada orang lain jangan guna media....la dia pandai plak guna media"-kata seorang pimpinan Ketua AMK Bahagian.

Pimpinan AMK tersebut juga berkata hakikatnya ramai menyedari bahawa Mokhtar adalah TOTOK UMNO dan pernah memanggil semua staf Pejabat Daerah Seberang Perai Utara pada awal kemenangan selepas PRU-12 pada 8 Mac 2008 ketika itu Pakatan Rakyat baru memerintah Pulau Pinang & memarahi mereka kerana memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat.

"Kita Tau la dia tu (Mokhtar) Bedengung UMNO & tak beri kerja sama dengan Kerajaan Negeri kita,tapi tak boleh pi bincang elok-elok dengan Ketua Menteri?Dato' Zahrain pun boleh terus pi jumpa & kenapa nak guna media?"

Itulah yang diluahkan oleh mereka apabila marah dengan tindakan Johari Kassim memboikot serta kenyataan biadap melabelkan Exco PKR sebagai 'KELDAI'

Ketika minum di salah sebuah warung tempat ahli-ahli penyokong Pakatan Rakyat minum & bicara mengenai politik semasa...tiba-tiba teman lama mungkin seumur Johari Kassim aktif sewaktu sama-sama dalam Pemuda PKN dan sudah bertahun tidak aktif dengan parti tetapi lebih menumpukan sepenuh masa dalam NGO bersuara lantang,

"Dia tu sapa nak kata Exco keldai?Dah tak reti nak beza Pemerintahan Kerajaan dengan Pengurusan Parti?"-Rakan lama Johari Kassim

Nasib la badan...Mungkin itulah balasan jika tiada keikhlasan apabila berjuang lebih tertumpu pada habuan daripada tanggungjawab pada rakyat.

Bersambung

1Malaysia nak tahu

15 June, 2009

Malaysiakini- Johari Kassim Panas Baran - siri 10

Malaysiakini

Siri 9 telah menunjukkan sikit bukti yang dahulu ada di kalangan ahli parti mempertikaikan kenyataan Amizuddin di media 2 pimpinan PKR Penang.Sehingga membuatkan perletakkan jawatan ADUN Penanti Mohd Fairus Khairuddin.Tetapi mereka masih mengatakan Fairus is clean...Kalau clean buat apa letak jawatan?

Siapa tidak kenal Johari Kassim,seorang yang panas baran.Diakui beliau boleh berkerja untuk parti tetapi dalam masa yang sama sikap panas baran menghantui dirinya.Ceramah melalut lalut macam budak tadika tak tentu ekor kepala.

Sikap panas baran ini jugalah,Presiden PKR pernah di tengking walaupun isu itu cukup remeh & tidak perlu meninggikan suara.Dato Zahrain juga pernah di tengking dalam satu mesyuarat selepas perjumpaan dengan DSAI,ianya berkaitan dengan isu MPSP dan ketika itu johari juga bertindak menghentak meja.

Johari juga pernah menghubungi seorang Ahli Majlis MPSP Haji Mohd Kamil Abu Bakar (mesra dengan panggilan Haji Wan) dan memarahi beliau.Katanya kenapa kacau projek Datuk Jerry,dia bagi sumbangan untuk program jamuan makan malam kita berapa puluh ribu tau tak?

Perkara ini pernah diceritakan oleh Haji Mohd Kamil pada salah seorang rakan Ahli Majlis beliau,kesal dengan & terkejut dengan tindakan Johari yang memarahi beliau apabila cuba menutup mata jika ada yang melakukan kesalahan."Jenis panas baran tak tentu pasal".katanya

Bukan itu saja bahkan ketika di pejabat Saudara Rodzi Abd Hamid (sewaktu di Permatang Rawa),beliau pernah menampar Anuar Ismail sehingga berpusing.Siapa yang mengenali Rodzi bolehlah mendapat pengesahan daripada beliau & perkara ini juga telah diketahui mereka yang pernah bersama PKN ketika itu.

Sekarang Anuar Ismail telah bersama dalam kem Dato Zahrain,Mustafa Kamal,Jamil dan lain-lain.Walaupun pembaca mungkin simpati pada Anuar Ismail yang ditampar Johari Kassim,hakikatnya Anuar Ismail sememangnya patut ditampar kerana keceluparan & sikap biadapnya tak kira siapa walaupun pada orang yang lebih tua daripadanya.

Tak percaya?Tanya AMK Bayan Baru ataupun AMK lama Pulau Pinang.Boleh disahkan lagi jika anda bertanya kepada AMK Kedah serta beberapa pimpinan bahagian termasuk daripada kulim & Padang Serai perangai Anuar Ismail ketika PRK Bukit Selambau baru-baru ini.

Inilah kelompok serta perangai buruk yang dibawa oleh mereka ke dalam parti,Fauziah Mahadi (Isteri kedua Jamil) pula?Mulut celupar sama naik laki bini.Sombong,bongkak serta angkuh dengan ahli atau rakyat marhaen bawahan.Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusof?Sama naik sikap bongkak & angkuhnya.Inilah kem yang mempertahankan Fairus Khairuddin bekas TKM1 Penang.

Ada gila jawatan & projek...ada pula yang sombong bongkak serta angkuh gila nak mendabik dada menunjuk dia tu kononnya hebat....macam-macam la kamu nih....ish...ish...ish....syyyyy,diam joe dah mai.....hehehe

Bersambung...

1Malaysia nak tahu

13 June, 2009

Malaysiakini - Siapa Yang Cuba Ganggu Amizuddin Ahmat -siri 9

Malaysiakini


Transkrip perbualan antara

Amizudin dengan Jamil Mohd Nor

Tarikh : 23 Disember 2008 (Selasa)

Masa : 10.38 pagi

Perbualan selama 09 minit 04 saat


Mukadimah Perbualan


Amizudin : Ya.. ya.. Wa’alaikumussalam warah matullah...

Jamil : Ahli Exco Amk Malaysia...(ketawa)..buat apa...

Amizudin : Siapa ni... siapa ni...


Jamil : Hah..siapa ni...tak kenai ka...amboi dah kaya dah.. tak kenai orang dah..

Amizudin : Oh..Abang Jamil...pakai nombor banyak sangat...Allah..

Jamil : Bila Ahli Majlis ni dah kaya dah...depa bukanlah nak kenai..kita ni orang kecik saja tak dak apa pun...

Amizudin : Kalau saya kaya sungguh tak pa abang Jamil.. saya tak suruh abang Jamil bayaq dekat saya RM160 (Duit sumbangan Ahli Majlis kepada Perhubungan Negeri)...(ketawa)...ni dalam poket RM50 pun tak dak, kaya apa...

Jamil : Dak la... pasai apa Ahli Majlis depa tak kenai la...kita ni ahli biasa saja...buat apa Din...

Amizudin : Tak buat apa...ni dok siap paper work jap...satu dua paper work...

Jamil : Di mana...

Amizudin : Ada kat rumah la..

Jamil : Di...To’Kun...

Amizudin : Ha...To’Kun...To’Kun...

Jamil : Rumah Din To’Kun tang mana Din...tang mana

Amizudin : To’ Kun Atas...

Jamil : To’ Kun Atas tang mana...dekat..

Amizudin : Atas pada rumah Anwar Ibrahim sikit...

Jamil : Tau la tang mana..dekat..dekat nak pi Machang Bubuk ka...dekat taman ka...

Amizudin : Tak sampai dekat taman tu...saya dok rumah kampong saja...sewa rumah orang sebulan RM200...

Jamil : Boleh la...sikit hari beli la...mula sewa la...

Amizudin : Depa dok tuduh kita duit banyak...macam-macam lah..kuari nu dok bela dia la.. kuari ni dok bela dia la...

Jamil : Siapa kata...

Amizudin : Adalah orang bagi tau dekat Dato’ Zahrain tu....

Jamil : Hah!! ...

Amizudin : Adalah orang dok pi report dok pi menyampai tu..saya tak peduli la...

Jamil : Aih..dak aih...tak dak sapa habaq aih...tak..tak...dok bohong..tak dengaq aih..

Amizudin : Saya kata..nak kata dekat depa...saya boleh print out saya punya akaun...bini saya punya akaun..anak-anak saya punya penyata...semua boleh..kalau sungguh tak pa...

Jamil : Yang tu tak dak...tak besa habaq...

Amizudin : Cuba you check dengan Dato’ Zahrain tengok...

Jamil : Dak...kalau apa-apa dia habaq dekat saya...tak dak...tak dak..

Amizudin : Ya lah...bila kita dok kacau kuari-kuari ni...dia...musuh pelan ramai...

Jamil : Dak...dia kalau ada dia nanti habaq dekat saya...

Isi Perbualan

Amizudin : Abang Jamil batu 3 kuari kan...

Jamil : Saya batu 3 ya...

Amizudin : Batu 3 pun sikit hari saya nak bongkar juga... (ketawa)

Jamil : Tak dak apa... tak dak apa...

Amizudin : Saya punya vision very clear abang Jamil... saya nak kuari-kuari yang... yang... yang mengusahakan tanah kerajaan negeri ni membayar apa yang sepatutnya dibayar itu saja... full stop... betul dak...

Jamil : Awat... dah bayar apa...

Amizudin : Dak bukan... maksud dia macam Kuad Kuari baru ni kan... dia declared satu saja apa...

Jamil : Ooo... yang tu Din... Din... Din... no... no... you are wrong... you are wrong...

Amizudin : Depa dah kena bayar dah..

Jamil : Tak...tak...tak...dia kira value Din...Din kalau tak tau pasai kuari Din mai dudok dengan saya... saya ajaq Din macamana kuari... saya expert dalam kuari lebih kurang dah 10 tahun dah Din..


Amizudin : Betul lah tu... ok...premium is another part... betul dak..

Jamil : Is not the issue of the... the... dia punya apa.. dia punya machine...

Amizudin : Sebab la ni abang Jamil...

Jamil : Dia punya royalty is royalty... royalty is..is..atas volume..you nak cakap pasai kuari...

Amizudin : La ni abang Jamil circular yang keluar dari Pejabat Daerah yang diguna pakai oleh kuari hari ni... formula... formula... formula apa ni... royalty tu dia base on capacity.. primary crusher..

Jamil : Dak...dak...dak...Din...Din...tak payahlah...you are wrong...hangpa cakap macam tu orang gelak dekat hangpa... hangpa bodoh... you boleh challenge... you boleh challenge benda tu... hangpa bertuahlah... aku dah buat 30 tahun aku tau lah..

Amizudin : Dulu pakai docket...

Jamil : Dak...dak...dak...dak...dulu dak....you kalau nak baca...you kena baca akta kuari dan di pejabat daerah tu ada revenue... tu la lain kali baca akta... Ahli Majlis yang bodoh ni pasai tak baca akta... aku habaq betoi-betoi... kalau... kalau kuari... you don’t tell me... kalau hangpa boleh dapat bertuah badan... aku habaq betoi-betoi... kuari... you... you... you kena baca kuari punya... environment punya... semua... you tak boleh kata... takat... takat... mental judgement... dengaq cina ni kata lagu ni hangpa pi buat lagu ni... no... you are wrong... at the end of the day... orang nanti gelak macam apa... apa... orang panggil macam anjing salak bukit... sebab tu Ahli Majlis orang gelak... hang tengok paper cina tibai hangpa... awat hangpa tak berani cakap..

Amizudin : Tibai apa...

Jamil : Do your homework first before you talk...hangpa tak baca paper cina...

Amizudin : Saya baca paper cina abang Jamil...yang tu... tu...Yang Dipertua Sopiah tu kata dekat sapa... dia kata dekat Pegawai Pengarah Kejuruteraan... bukan kata dekat saya... cuba baca elok-elok abang Jamil...

Jamil : Dak...dak...you are wrong...baik hangpa baca betoi-betoi...Sopiah dia tak buta perut tau... aku kenai Sopiah masa dia belum kahwin lagi... dia pegawai... dia keluaq universiti aku dah kenai dia... dia bakal Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang... mmm... aku kenai orang ni lama Din... tapi kalau hangpa bubuh lagu tu... hangpa... hangpa nanti malu... PKR punya Ahli Majlis nanti kena... hang tengok... depa nanti bagi statement... muka tak tau nak buboh kat mana...

Amizudin : Ok la ni tak pa lah... takpa lah... kalau abang Jamil kata pun tak kisahlah... saya pun dah jumpa DO dah... DO pun mengaku apa yang saya kata tu betoi... tak pa lah kalau abang Jamil kata tak betoi... tak pa lah... habih tu apa yang betoi... la saya nak dengaq cakap sapa... nak dengaq cakap PTG ka... nak dengaq cakap Do ka... saya nak dengaq cakap abang Jamil ka... saya pun...

Jamil : Dak...yang tu...aku...aku as professional apa...business man..you should understand... right...

Amizudin : Mmm... ye lah... tapi yang betoi macamana...

Jamil : Hangpa buat... hangpa buat... tak betoi... you get it... you play the music...


Amizudin : Tak pa lah... tak pa lah... saya nak tanya...

Jamil : Aku tak mau...seorang ahli silat tidak akan...ajaq silat sampai habih.

Amizudin : Tak pa lah...

Jamil : Aaa... that why buat kerja dulu... lepas tu baru... baru... baru masuk paper...

Amizudin : Tapi so far saya blast... saya blast benda tu... tu... akhirnya saya blast lima haribulan... lapan... sembilan... sepuluh haribulan depa dah kena bayar dah Kuad Kuari tu... kena bayaq tujuh ratus ribu lebih tu...

Jamil : Bayaq memang kena bayaq...

Amizudin : Pasai dia tipu la abang jamil... dia tipu...

Jamil :

Dak...dia tak tipu lah...aku ada semua hal kuari...aku tau... hang jangan dengaq sebelah orang saja cakap... tak pa lah you...

Amizudin : Dak..... saya... ni abang Jamil... saya jumpa encik Kamarudin Kuad Kuari... saya jumpa dia...

Jamil : Kamarudin daripada mana...

Amizudin : Kuad Kuari...

Jamil : Buat apa jumpa dia...

Amizudin : Sebab saya minta katalog dekat dia.... dia mai dengan Suhaimi..... bukan saya dengaq sebelah pihak abang Jamil... saya tanya dia betoi tak betoi... dia kata betoi... dia memang...

Jamil : Suhaimi mana...

Amizudin : Suhaimi dia punya...dari Kuad Kuari lah...budak muda lagi... encik Kamarudin tu tera abang Jamil lah umur dia... saya tau dia orang lama dalam Kuad Kuari...

Jamil : Kuad Kuari tu nak buat apa...Kuad Kuari tu apa...boneka apa...ni apa...Umno...

Amizudin : Dak... bukan... macam ni abang Jamil... bila saya habaq royalty ni... dia base on primary crusher... so la ni depa ada dua..depa declared satu... so...

Jamil : Dak... yang ni bukan isu dia... bukan...

Amizudin : Habih tu isu dia apa...

Jamil : Dak... yang tu bukan...you are wrong... kalau you bubuh lagu tu... you are wrong... tak pa lah hangpa buat... and then let me know... aku gelak saja lah... esok kalau aku nak bantai balik... aku bantai hangpa lah... persatuan kuari-kuari nanti bantai hangpa balik masa tu... semua orang nanti terkejut... hangpa buat... hangpa buat... then aku nanti bantai hangpa balik...

Amizudin : Tak pa lah... yang abang Jamil telefon ni nak tanya pasai apa...


Jamil : Dak... saja lah tanya hang ada mana...aku nak ajak minum...

Amizudin : Dak... abang Jamil yang betoi saya sedih orang dok tuduh saya macam-macam...saya tak kisah lah...

Jamil : Dak... dak... yang tu aku tak dengaq pun...

Amizudin : Abang Jamil check tengoklah dengan Dato’ Zahrain tu... saya tak peduli lah...

Jamil : Kalau apa apa dia nanti habaq dekat aku...

Amizudin : Saya tak kisah lah depa dok tuduh saya macam-macam sebab saya tau saya memang susah abang Jamil...

Jamil : Tak pa..tak pa...hang ada rumah.... esok... esok lah kita jumpa...ok..ok...



Bersambung...


1Malaysia nak tahu