06 June, 2009

Aku Johari Kassim - Siri 1

Malaysiakini

Selepas selesainya isu mengenai Fairus Khairuddin bekas TKM 1 Pulau Pinang yang telah membelenggu beberapa pihak sehinggakan ada dikalangan UMNO dapat menghidu kekecewaan beberapa aktivis serta ahli parti penyokong PR.Timbul pula isu lantikan YDP MPSP yang diboikot oleh Johari Kassim selaku Ketua Whip Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai apabila beliau tidak hadir dalam majlis angkat sumpah YDP MPSP baru oleh saudara Mokhtar Mohd Jait yang juga D.O Seberang Perai Utara yang lebih UMNO daripada Ahli UMNO itu sendiri.....Apakah itu alasannya timbul isu boikot?Siapa Johari Kassim sebenarnya?

Johari Kassim atau lebih mudah dengan panggilan Joe Kassim ialah bekas Ketua Pemuda Parti KeAdilan Nasional Pulau Pinang sebelum diserahkan jawatan Ketua Pemuda Negeri tersebut kepada Saudara Rodzi Abd Hamid sewaktu di zaman Ezam Md Noor menjadi Ketua Pemuda Parti KeAdilan Nasional Malaysia.

Beliau juga pernah menawarkan diri bertanding untuk jawatan Naib Ketua Pemuda KeAdilan Nasional Malaysia sewaktu Mesyuarat Agong Kali Pertama di Kemaman Terengganu satu ketika dahulu bersama Saudara Zahid Mat Arip,Loh Chee Chong,Shamsul Iskandar Mohd Akin yang mana waktu itu beliau telah gagal untuk menjawat kerusi tersebut hasil daripada kempen beberapa pemuda PKN Pulau Pinang itu sendiri.Nantikan cerita di Kemaman dalam siri yang akan datang

Johari Kassim juga adalah bekas AJK Pemuda UMNO Bahagian Balik Pulau (dilantik oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian) bagi sesi 1998/2000.Waktu itu Ketua Pemuda Umno Bahagian Balik Pulau direbut oleh 3 individu iaitu Saudara Shahidan Ayob Shah (menang Majoriti 1 undi sahaja),Saudara Yazid Bin Othman & Saudara Abd Halim Abd Hamid.

Johari Kassim adalah orang yang bersama dalam kem Shahidan Ayob Shah bersama dengan Saudara YB Halim Hussein (Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang sekarang).Manakala Saudara Amizudin Ahmat (Din Binjai yang mendedahkan isu kuari Pulau Pinang-Ketua AMK Kepala Batas sekarang) berada di dalam kem Saudara Yazid Othman.

Walaupun Shahidan berjaya menang dengan Majoriti 1 Undi daripada lawan beliau yang lain,Johari Kassim & YB Halim Hussein tidak bertanding untuk merebut kekosongan AJK Pemuda Bahagian Balik Pulau pada ketika itu.Amizudin Ahmat pula menang dalam pertandingan jawatan AJK Pemuda UMNO Bahagian Balik Pulau walaupun Saudara Yazid kalah dengan 1 undi di tangan Shahidan.

Kenapa perlu kaitkan Johari Kassim bersama YB Halim Hussein & Amizudin Ahmat dalam isu Aku Johari Kassim - Siri 1 ini?Buat pengetahuan semua,hanya mereka bertiga bertindak meninggalkan UMNO beberapa bulan setelah isu pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 September 1998 di mana mereka mengikuti jejak Ketua Pemuda Umno Negeri Pulau Pinang iaitu Saudara Abd Rahim Ghouse ketika itu.

Sewaktu meninggalkan dan melepaskan jawatan mereka di dalam UMNO pada 11 Mei 1999,Johari Kassim (AJK Pemuda UMNO Bahagian Balik Pulau-lantikan),YB Halim Hussein (Bendahari Pemuda UMNO Bahagian Balik Pulau) & Amizuddin Ahmat (AJK Pemuda UMNO Bahagian Balik Pulau).

Mereka menunjukkan rasa protes mereka kepada UMNO akibat pemecatan DSAI daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia waktu itu.Johari Kassim bersama-sama seluruh rakyat yang memprotes pemecatan itu bangkit menentang kezaliman pemerintahan Dr Mahathir Mohamad selaku Presiden UMNO & juga Perdana Menteri Malaysia waktu itu sehinggalah tertubuhnya Parti KeAdilan Nasional (Parti Ikatan Insan Malaysia-IKATAN) yang ditubuhkan di Terengganu) pada 4-4-1999 yang diumumkan di Renaissance Hotel Kuala Lumpur.Mereka bertiga membuat keputusan meninggalkan UMNO & melepaskan semua jawatan dalam UMNO sebulan selepas penubuhan Parti KeADILan Nasional Presidennya ialah Datin Seri Wan Azizah Dato Wan Ismail.

Bersambung.....

1Malaysia nak tahu

2 comments:

fikrah islamiah said...

Selamat main blog. Saya baca tulisan tuan tetapi kurang faham mesej yang hendak disampaikan. mungkun disign yang kurang meransangkan. Maaf beri komen awal.

Anonymous said...

salam,sayapun tak berapa faham maksud encik.lagi satu sayapun bloger baru juga ada masa bagila komen kat blog saya pula.

http://ijoks2009.blogspot.com/