11 June, 2009

Malaysiakini - Dakyah Johari Kassim Ala-Ala Fairus ex-TKM 1 - Siri 5

Malaysiakini

Setelah pembongkaran isu kuari pada Ogos 2008 oleh Amizuddin Ahmat selaku Ahli Majlis MPSP di dalam mesyuarat penuh MPSP,tersebar dakyah yang mengatakan Amizuddin Ahmat telah menerima imbuhan oleh kuari bagi menjatuhkan reputasi Amizuddin Ahmat.

Tidak kurang daripada itu juga,YB Law Choo Kiang Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang menerima tempias sama apabila kumpulan ini yang diketuai oleh beberapa orang PKR serta seorang ahli perniagaan di Pulau Pinang Datuk Jerry Pemilik Syarikat Asas Dunia yang juga Pengerusi Reda mewujudkan 'persepsi' jahat ini.

Setiap kali info yang diberitahu oleh Johari Kassim,kononnya ia datang daripada Roslan Yahya yang juga Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah rakan baik Johari Kassim sewaktu di Penang Free School dahulu.

Setiap kali tohmahan dilemparkan,ianya dikatakan timbul akibat 'persepsi'.Walhal,merekalah yang membawa persepsi itu untuk membuatkan orang lain mempercayainya.

Dalam mesyuarat Biro Politik AMK Negeri waktu itu (sebelum Samsul Iskandar memporak perandakan AMK Negeri Pulau Pinang dengan melantik Yusmadi sebagai Ketua AMK Negeri baru kononnya ianya kemahuan DSAI) mencadangkan Amizuddin Ahmat dikekalkan sebagai Ahli Majlis MPSP apabila Johari Kassim selaku ketua whip mengakui performance Amizuddin Ahmat adalah yang terbaik.

Tetapi sebaliknya,Johari Kassim lah antara mereka yang bersetuju untuk menggugurkan Amizuddin Ahmat selaku Ahli Majlis MPSP memandangkan Timbalan Ketua Menteri 1 Fairus Khairuddin adalah orang yang tidak bersetuju dengan kepimpinan AMK Negeri pada waktu itu serta di tambah dengan keangkuhan YB Yusmadi Yusof selaku orang yang kuat mempertahankan Fairus TKM1 serta memperlekehkan cara AMK Negeri yang dilihat kononnya tidak sehebat beliau.

Kumpulan ini juga disertai oleh Mustafa Kamal Yusof yang juga Setiausaha Perhubungan Negeri yang melobi dirinya untuk mendapat title 'Datuk' dan mengimpikan Jawatan T.Y.T Pulau Pinang seperti yang dijanjikan Fairus sewaktu menjawat TKM1 Pulau Pinang.Kumpulan ini hidup dengan politik dan bisnes mereka juga bergantung kepada orang politik.Jamil adalah perancang dalam kumpulan berkenaan,lebih mesra beliau di panggil Jamil Jari 6 ataupun JJ6.

Itulah puncanya kenapa Amizuddin boleh tergugur sebagai Ahli Majlis MPSP disebabkan perancangan licik oleh kumpulan mereka ini terhadap beliau serta Ahli Parti yang ikhlas berjuang untuk rakyat.

Jamil juga Timbalan Pengarah Pilihanraya Negeri Pulau Pinang dimana Mustafa Kamal Yusof adalah Pengarahnya...hebatkan mereka?Apa kaitan Jamil dalam kumpulan Johari Kassim dengan isu kuari yang membawa fitnah Amizuddin Ahmat ada 5 buah kereta (mungkin mainan kot) & dapat Rm5ribu sebulan?

Bersambung....

1Malaysia nak tahu

No comments: