10 June, 2009

Johari Kassim Gigit Jari - Siri 4

Malaysiakini

Gara-gara salah percaturan,akhirnya Johari Kassim gigit jari selepas PKR,PAS & DAP memenangi 5 negeri serta pemerintahan Pulau Pinang juga bertukar dan yang paling penting Kerusi Dun Batu Maung yang beliau tinggalkan telah di menangi oleh Haji Abd Malik Kassim.

Hasil daripada kemenangan Haji Abd Malik Kassim di Batu Maung juga telah membuatkan beliau telah dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang.Kerusi yang diidamkan oleh setiap ADUN yang memerintah sesebuah negeri.

Pada ketika itu juga,beliau telah menampilkan kembali dirinya jika mana tahu mendapat lantikan mana-mana jawatan dalam kerajaan negeri sama ada GLC ataupun Ahli Majlis bagi mana-mana Majlis Perbandaraan sama ada di MPSP ataupun di MPPP.Bila waktu lantikan untuk Ahli Majlis,beliau bernasib baik telah dilantikan sebagai Ahli Majlis untuk MPSP.

Jawatan Ahli Majlis ini juga tidak kurang hebatnya jika ada yang berazam untuk menjana duit hasil daripada projek atau tender-tender Majlis,kelulusan sesuatu projek atau kelulusan melibatkan Ahli Majlis di One Stop Center.Inilah masanya yang ditunggu-tunggu.

Walau bagaimanapun,daripada segi penampilan serta perbahasan,Johari Kassim jauh ketinggalan daripada Amizuddin Ahmat yang lebih menyerlah bahkan ada dikalangan Ahli Majlis MPSP sehingga sekarang tidak pernah keluar waima sepatah ayat dalam perbahasan dalam Mesyuarat Penuh MPSP.Tak percaya?hadir lah sendiri di setiap mesyuarat penuh MPSP,lihatlah beberapa orang yang hanya cukup sekadar memanaskan kerusi Ahli Majlis sahaja...

Bermula daripada pembongkaran isu kuari yang dibawa oleh Amizuddin Ahmat selaku Ahli Majlis MPSP,daripada situ jugalah bermulanya perancangan serta dakyah-dakyah yang dibawa oleh Johari Kassim dalam usaha menyingkirkan Amizuddin Ahmat sebagai Ahli Majlis MPSP.

Bersambung....

1Malaysia nak tahu

1 comment:

Hijat Panjang... said...

woii...hang bagi saspen betoi laa....satu satu dok bagi siri....cehhh...

boleh kena 'heart attack' la camni...

dan si ketua whip ni pun pakai nampak boleh 'bungkus' la kott lepas ni...