08 June, 2009

Aku Sentiasa Kalah Pemilihan - Siri 2

Malaysiakini

Setelah aku meredah menentang parti yang aku sertai dengan misi atau agenda membela orang melayu,memperkasa UMNO & kewangan bagi menghadapi segala macam rintangan pada masa depan...

Terpaksa membuat keputusan tekad meninggalkan UMNO dan menyertai parti yang lahir di Terengganu,parti yang telah ditukarkan namanya daripada Parti Ikatan Insan Malaysia-IKATAN kepada Parti Keadilan Nasional...

Menyertai parti dan melangkah masuk dalam jawatankuasa Pemuda PKN Pulau Pinang sewaktu zaman Azman Haron menjadi Ketua Pemuda Negeri PKN & beliau telah meletakkan jawatan atas desakan serta masalah peribadinya terbongkar akibat komplot daripada Johari Kassim.Perkara ini di susun oleh Setiausaha Pemuda PKN Pulau Pinang waktu itu Saudara Sabri Gelugor bagi membawa naik Johari Kassim sebagai Ketua Pemuda PKN Pulau Pinang yang baru.

Selepas beliau menjadi Ketua Pemuda Negeri,perkara pertama yang beliau buat ialah memecat Sabri selaku Setiausaha Pemuda Negeri dengan tidak melantiknya kembali dalam kepimpinan pemuda negeri ketika itu.

Muka-muka baru yang dibawa masuk dalam kepimpinan beliau mereka ialah Saudara Surani Ibrahim sebagai Timbalan Ketua Pemuda,Saudara Rodzi Abd Hamid selaku Setiausaha Pemuda Negeri yang baru,Saudara Zulkifli Ibrahim selaku Ketua Penerangan Pemuda Negeri,Khairul selaku Bendahari Pemuda Negeri yang mengantikan Saudara Za'aba.

Sepanjang beliau sebagai ketua pemuda negeri,tidak banyak pertelingkahan berlaku sehinggalah hampir pemilihan di Mesyuarat Agong Tahunan di Kemaman,pertembungan antara beliau & Saudara Abd Ghani Haroon yang waktu itu Naib Ketua Pemuda Negeri.Tidak dapat dielakkan apabila kedua-duanya berhasrat untuk bertanding Naib Ketua Pemuda PKN Malaysia.

Beberapa pemuda bahagian telah mula berpecah antara kem Johari Kassim & kem Abd Ghani Haroon.Mereka yang terang-terang bertembung dengan dengan Johari Kassim ketika itu ialah Saudara Allahyarham Sharani Azmi,dipercayai bersama beliau waktu itu menentang kem Johari Kassim walaupun tidak dapat dipastikan secara nyata ialah Ketua Penerangan Pemuda Negeri serta beberapa ketua pemuda bahagian.

Hasrat untuk Abd Ghani Haroon untuk bertanding bagi mendapatkan pencalonan 2 bahagian gagal apabila diberitakan nama beliau dikeluarkan daripada minit mesyuarat termasuklah menolak minit mesyuarat agong di salah satu bahagian yang mana antara bahagian bermesyuarat pertama sekali di malaysia waktu itu.

Ianya dikhabarkan bahawa minit mesyuarat agong bahagian tersebut sengaja dilengahkan daripada dihantar ke peringkat pusat bagi mendapatkan pencalonan 2 bahagian yang mencalonkan Abd Ghani Haroon.Pemilihan berlaku di Kemaman dengan penuh persaingan sengit.

Bagi merebut kerusi Timbalan Ketua Pemuda PKN Malaysia waktu itu,Saudara Saifuddin Nasution Ismail yang mendapat pencalonan pertama daripada Pemuda Bahagian Nibong Tebal mendahului undi seterusnya memenangi kerusi tersebut daripada penyandang jawatan tersebut Saudara Mustafa Kamil Ayob.

Bagi kerusi Naib Ketua Pemuda PKN Malaysia pula,Zahid Mat Arip mendahului dan diikuti oleh Saudara Loh Chee Chong serta Shamsul Iskandar Mohd Akin adalah yang terakhir memenangi kerusi Naib Ketua Pemuda PKN Malaysia waktu itu mengalahkan Johari Kassim dengan majoriti hanya 5 undi.

Ianya dikhabarkan berpunca daripada kempen yang dilakukan sendiri oleh pemuda daripada Pulau Pinang.Ianya disahkan sendiri oleh beliau dalam mesyuarat pertama pemuda negeri selepas pemilihan parti di Kemaman.

Itulah nasib yang menghantui Johari Kassim kalah dalam pemilihan pemuda parti.Beliau juga cukup rapat ketika itu dengan Zamil Ibrahim (Broker politik tersohor),Hanapiah Man,Hamdan Taha termasuk la Affendy Yusof yang dikhabarkan penjual maklumat parti kepada UMNO.

Komputer saudara Affendy yang rosak dihantar untuk dibaiki oleh seorang pemuda penang,dimana kandungan data dalam hard disk tersebut memuatkan beberapa dokumen penting serta rahsia menumbangkan pemuda dibawah kepimpinan Ezam Md Noor ketika itu.Mungkin ramai yang sudah menyedarinya sehinggakan beliau hilang serta di kalahkan dalam pemilihan pemuda parti di Ipoh.

Johari Kassim juga antara calon pilihanraya mewakili parti di Pulau Pinang,beliau juga orang yang gagal memenangi kerusi yang beliau tandingi setiap kali pilihanraya umum berlangsung.Beliau juga adalah individu yang memujuk YB Haji Abdul Malik Kassim (Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang) agar tidak bertanding PRU-12....

Bersambung...

1Malaysia nak tahu

No comments: