12 June, 2009

Malaysiakini - Johari Gila Jawatan YDP MPSP - Siri 8

'Awat,aku tak layak jadi YDP MPSP?'.Itulah kata-kata Johari Kassim sewaktu di langkawi ketika minum bersama beberapa orang pimpinan parti bila mana persoalan berbangkit mengenai Dr Mansor akan dicalonkan oleh parti sebagai YDP MPSP jika tempat tersebut di peruntukan kepada ahli politik oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.


Beliau hadir di langkawi untuk menghadiri jamuan kenduri perkahwinan anak ketua bahagian PKR Langkawi 'Pak Wan Salleh'.Dalam sembang-sembang yang turut serta ketika itu oleh MPT YB Datuk Kamarul Bahrain,YB Datuk Johari Abdul & Saiful Izham Ramli.

Menurut khabar daripada langkawi,ketika itu beberapa Ahli MPT tersebut hanya mendiamkan diri tidak berkata apa-apa apabila Mustafa Kamal (Pak Mus),Jamil dan Johari kassim sibuk menceritakan perihal PKR Pulau Pinang yang kononnya bermasalah.Mereka menuding jari pada salah seorang Exco iaitu YB Haji Abdul Malik Kassim.

Menurut khabar itu juga,Mustafa Kamal (Pak Mus) adalah 'kepala' dalam menghina & menjatuhkan Haji Malik Kassim serta info yang diberikan semuanya seolah-olah Abdul Malik salah.Walaupun itu kelemahan daripada YB Datuk Zahrain & Mustafa Kamal (Pak Mus) sendiri yang mendapat nasihat daripada penasihat otak UMNO jamil (Jamil Jari 6-salah seorang penama dalam syarikat pemilik tanah kuari di penanti).

Jamil (Isteri Kedua Jamil,Fauziah Mahadi yang juga Ahli Majlis MPPP) adalah perancang utama membawa masuk pemimpin (hantu,musang atau lalang-gelaran mereka yang ambil kesempatan) daripada kalangan UMNO,Gerakan,MCA & MIC Pulau Pinang sehingga mereka ini boleh terus menjawat jawatan penting dalam PKR Negeri Pulau Pinang.Bos mereka ialah Mustafa Kamal & Datuk Zahrain sendiri manakala Johari Kassim dalam kem mereka.

Mereka inilah yang mempertahankan Fairus Khairuddin bekas TKM 1 kerana Mustafa (pak mus) gila jawatan TYT,Johari gila jawatan YDP,Jamil nak selamatkan isu kuari yang dibangkitkan oleh Amizuddin ahmat.Jamil lah salah seorang pimpinan tertinggi PKR yang rapat dengan Dato' Zahrain,manusia inilah yang menghubungi Amizuddin seolah-olah cuba mengganggu tugas beliau sebagai Ahli Majlis seperti dakwanya dalam Media...



Bersambung...



1Malaysia nak tahu

Malaysiakini - Oh Johari Kassim,itulah persepsi - Siri 7


Malaysiakini

Sekarang bila timbul isu YDP MPSP,Johari menyangkal apa yang telah disiarkan oleh media dan blog2 (link) dan (link) bahawa dia tergilakan jawatan YDP MPSP.

Hello Joe,itukan persepsi... Itu juga lah jawapan mereka menuduh Amizuddin dulu kononnya melenting dalam media sebab tidak di lantik semula sebagai Ahli Majlis MPSP.

Wah...wah...wah...,bila amizuddin melenting dalam media (setelah saluran dalaman sudah digunakan) dan disahkan sendiri oleh MPT PKR chegubard (link) dan (link) ,tapi Johari kata Amizuddin tak ikut saluran parti.

Nah ! Jadi apa bezanya sekarang bila isu YDP MPSP ini tersebar seluruh media?hello joe...realistik la sikit. Johari juga dikatakan menghantar repot kepada Dato Zahrain Hashim Ketua Perhubungan Negeri PKR Pulau Pinang agar Amizuddin Ahmat digugurkan kerana kononnya tidak baik performance selaku Ahli Majlis...

Ya kah performance dia tidak baik atau kamu tu cemburu Amizuddin di serbu oleh media setiap kali habis mesyuarat penuh MPSP kerana perbahasan yang berfakta pembongkaran isu-isu untuk kebaikan kerajaan negeri.!?

Perkara ini disahkan sendiri oleh dato zahrain kepada beberapa orang individu parti 'Amizuddin kena gugur pasal laporan ketua whip dia tak perform'-Dato Zahrain.

Tapi kalau la nih tanya Dato Zahrain,confirm dia nanti taichi,pusing 360 darjah menafikan.Jenis ketua yang tak bertanggung jawab,penakut bertanggungjawab dengan apa yang dikatakan termasuklah isu Johari Gila Jawatan YDP...tu jugalah yang dikatakan oleh Dato Zahrain katakan pada Guan Eng Johari Idam Jawatan YDP

Bersambung...

1Malaysia nak tahu

11 June, 2009

Malaysiakini - Kenapa Johari Kassim Cemburu - Siri 6

Malaysiakini

Jika cemburu sudah terbuku dihati,manusia sanggup lakukan apa saja.Itulah sebab utamanya Johari Kassim mencemburui Amizuddin Ahmat yang waktu itu sebagai Ahli Majlis MPSP.

Cemburu apabila performance Amizuddin Ahmat amat ketara dalam usaha membongkarkan penyelewengan yang berlaku mengenai isu kuari dalam mesyuarat Ahli Majlis MPSP.

Johari amat tidak dapat menerima hakikat isu-isu besar rakyat dapat di olah,dikupas & dibahaskan begitu padat dengan fakta serta kaitan penjawat awam yang sengaja disembunyikan fakta kebenaran penyelewengan syarikat-syarikat pengusaha kuari.

Roslan Yahya iaitu pegawai daerah di seberang perai tengah adalah rakan sekolah johari kassim sewaktu di penang free school dulu.

Daripada info rakan beliau ini lah yang telah membuatkan tuduhan liar disebarkan terhadap Amizuddin Ahmat serta fitnah bahawa ada kuari yang sudah membayar amizuddin sebanyak RM5ribu sebulan.

Johari juga membuat akuan bahawa tuduhan ini perkara biasa sehinggakan beliau mengungkit dalam satu perjumpaan mengejut (ketika mesyuarat Pimpinan Negeri Untuk Jamuan Makan Malam PKR) yang tidak dirancang (diserbu) oleh ahli PKR dengan pimpinan PKR Negeri di pejabat PKR negeri Seberang Jaya,Johari bangkitkan mengenai apa tujuan pertemuan makan tengah hari antara johari,amizuddin serta seorang pengurus syarikat kuari.

Walaupun dimaklumkan oleh amizuddin bahawa pertemuan tersebut dirancang bagi menceritakan kepada johari selaku ketua whip (anugerah dari blog alahai - ketua whip keldai) masalah kakitangan awam yang sengaja menipu kerajaan negeri yang baru berkaitan dengan isu kuari.

Bermula daripada situlah amizuddin ahmat yang juga mesra dengan panggilan "din binjai" difitnah dengan tuduhan liar,johari kassim dengan bangga mengatakan bahawa 'mulut orang bukan kita boleh tutup apa depa nak kata,jadi persepsi orang...macam tu lah'.....oooOOOOooo persepsi ya?

Bersambung...

1Malaysia nak tahu

Malaysiakini - Dakyah Johari Kassim Ala-Ala Fairus ex-TKM 1 - Siri 5

Malaysiakini

Setelah pembongkaran isu kuari pada Ogos 2008 oleh Amizuddin Ahmat selaku Ahli Majlis MPSP di dalam mesyuarat penuh MPSP,tersebar dakyah yang mengatakan Amizuddin Ahmat telah menerima imbuhan oleh kuari bagi menjatuhkan reputasi Amizuddin Ahmat.

Tidak kurang daripada itu juga,YB Law Choo Kiang Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang menerima tempias sama apabila kumpulan ini yang diketuai oleh beberapa orang PKR serta seorang ahli perniagaan di Pulau Pinang Datuk Jerry Pemilik Syarikat Asas Dunia yang juga Pengerusi Reda mewujudkan 'persepsi' jahat ini.

Setiap kali info yang diberitahu oleh Johari Kassim,kononnya ia datang daripada Roslan Yahya yang juga Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah rakan baik Johari Kassim sewaktu di Penang Free School dahulu.

Setiap kali tohmahan dilemparkan,ianya dikatakan timbul akibat 'persepsi'.Walhal,merekalah yang membawa persepsi itu untuk membuatkan orang lain mempercayainya.

Dalam mesyuarat Biro Politik AMK Negeri waktu itu (sebelum Samsul Iskandar memporak perandakan AMK Negeri Pulau Pinang dengan melantik Yusmadi sebagai Ketua AMK Negeri baru kononnya ianya kemahuan DSAI) mencadangkan Amizuddin Ahmat dikekalkan sebagai Ahli Majlis MPSP apabila Johari Kassim selaku ketua whip mengakui performance Amizuddin Ahmat adalah yang terbaik.

Tetapi sebaliknya,Johari Kassim lah antara mereka yang bersetuju untuk menggugurkan Amizuddin Ahmat selaku Ahli Majlis MPSP memandangkan Timbalan Ketua Menteri 1 Fairus Khairuddin adalah orang yang tidak bersetuju dengan kepimpinan AMK Negeri pada waktu itu serta di tambah dengan keangkuhan YB Yusmadi Yusof selaku orang yang kuat mempertahankan Fairus TKM1 serta memperlekehkan cara AMK Negeri yang dilihat kononnya tidak sehebat beliau.

Kumpulan ini juga disertai oleh Mustafa Kamal Yusof yang juga Setiausaha Perhubungan Negeri yang melobi dirinya untuk mendapat title 'Datuk' dan mengimpikan Jawatan T.Y.T Pulau Pinang seperti yang dijanjikan Fairus sewaktu menjawat TKM1 Pulau Pinang.Kumpulan ini hidup dengan politik dan bisnes mereka juga bergantung kepada orang politik.Jamil adalah perancang dalam kumpulan berkenaan,lebih mesra beliau di panggil Jamil Jari 6 ataupun JJ6.

Itulah puncanya kenapa Amizuddin boleh tergugur sebagai Ahli Majlis MPSP disebabkan perancangan licik oleh kumpulan mereka ini terhadap beliau serta Ahli Parti yang ikhlas berjuang untuk rakyat.

Jamil juga Timbalan Pengarah Pilihanraya Negeri Pulau Pinang dimana Mustafa Kamal Yusof adalah Pengarahnya...hebatkan mereka?Apa kaitan Jamil dalam kumpulan Johari Kassim dengan isu kuari yang membawa fitnah Amizuddin Ahmat ada 5 buah kereta (mungkin mainan kot) & dapat Rm5ribu sebulan?

Bersambung....

1Malaysia nak tahu

10 June, 2009

Johari Kassim Gigit Jari - Siri 4

Malaysiakini

Gara-gara salah percaturan,akhirnya Johari Kassim gigit jari selepas PKR,PAS & DAP memenangi 5 negeri serta pemerintahan Pulau Pinang juga bertukar dan yang paling penting Kerusi Dun Batu Maung yang beliau tinggalkan telah di menangi oleh Haji Abd Malik Kassim.

Hasil daripada kemenangan Haji Abd Malik Kassim di Batu Maung juga telah membuatkan beliau telah dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang.Kerusi yang diidamkan oleh setiap ADUN yang memerintah sesebuah negeri.

Pada ketika itu juga,beliau telah menampilkan kembali dirinya jika mana tahu mendapat lantikan mana-mana jawatan dalam kerajaan negeri sama ada GLC ataupun Ahli Majlis bagi mana-mana Majlis Perbandaraan sama ada di MPSP ataupun di MPPP.Bila waktu lantikan untuk Ahli Majlis,beliau bernasib baik telah dilantikan sebagai Ahli Majlis untuk MPSP.

Jawatan Ahli Majlis ini juga tidak kurang hebatnya jika ada yang berazam untuk menjana duit hasil daripada projek atau tender-tender Majlis,kelulusan sesuatu projek atau kelulusan melibatkan Ahli Majlis di One Stop Center.Inilah masanya yang ditunggu-tunggu.

Walau bagaimanapun,daripada segi penampilan serta perbahasan,Johari Kassim jauh ketinggalan daripada Amizuddin Ahmat yang lebih menyerlah bahkan ada dikalangan Ahli Majlis MPSP sehingga sekarang tidak pernah keluar waima sepatah ayat dalam perbahasan dalam Mesyuarat Penuh MPSP.Tak percaya?hadir lah sendiri di setiap mesyuarat penuh MPSP,lihatlah beberapa orang yang hanya cukup sekadar memanaskan kerusi Ahli Majlis sahaja...

Bermula daripada pembongkaran isu kuari yang dibawa oleh Amizuddin Ahmat selaku Ahli Majlis MPSP,daripada situ jugalah bermulanya perancangan serta dakyah-dakyah yang dibawa oleh Johari Kassim dalam usaha menyingkirkan Amizuddin Ahmat sebagai Ahli Majlis MPSP.

Bersambung....

1Malaysia nak tahu

09 June, 2009

Jangan Bertanding Haji Malik - Siri 3

Malaysiakini

"Jangan Masuk Bertanding Haji Malik,Kita Tak Boleh Menang Pilihanraya Dah.Duit tu bawa anak bini pi cuti lagi baguih".Itulah kata-kata beliau pada YB Haji Abdul Malik Kassim apabila beliau nampak tidak boleh memenangi kerusi DUN Batu Maung pada Pilihanraya Umum ke-12 apabila beliau turun padang bersama-sama PKR Bahagian,Pemuda & Wanita di Bayan Baru & meninjau sejauh mana potensi untuk menang kerusi Dun Batu Maung.

Beliau pernah bertanding di kerusi Dun Teluk Bahang Balik Pulau di kalahkan oleh YB Helmi Yahya pada Pilihanraya Umum 1999.Seterusnya beliau bertanding mewakili parti juga bertanding di kerusi Dun Telok Air Tawar dan ditewaskan oleh YB Jahara pada pilihanraya umum 2004.

Mungkin kesan daripada itu beliau sudah menjangkakan tidak akan ada lagi harapan bersama untuk mendokong perjuangan yang telah dibawa oleh PKR,PAS & DAP waktu itu,tidak nampak bibit-bibit kemenangan yang terpancar di kalangan rakyat malaysia melainkan DSAI cukup yakin untuk menang besar di parlimen serta memenangi Pulau Pinang di tawan oleh PKR,DAP & PAS.

YB Haji Abdul Malik Kassim adalah orang yang berhasrat untuk bertanding di kerusi Dun Telok Air Tawar yang ditinggalkan oleh Johari Kassim,beliau terpaksa balik ke kerusi Dun Batu Maung setelah Johari Kassim menarik diri saat akhir daripada meneruskan hasrat untuk bertanding pada pilihanraya umum kali ke-12.Sebab apa?Mungkin perenggan di atas boleh menjawab sikit sebanyak mengenai sikap Johari Kassim terhadap mengutamakan perniagaan beliau daripada perjuangan asal rakyat.

Akhirnya bila berlaku pilihanraya umum yang ke-12 pada 8 Mac 2008,Johari Kassim gigit jari....

Bersambung....

1Malaysia nak tahu

08 June, 2009

Aku Sentiasa Kalah Pemilihan - Siri 2

Malaysiakini

Setelah aku meredah menentang parti yang aku sertai dengan misi atau agenda membela orang melayu,memperkasa UMNO & kewangan bagi menghadapi segala macam rintangan pada masa depan...

Terpaksa membuat keputusan tekad meninggalkan UMNO dan menyertai parti yang lahir di Terengganu,parti yang telah ditukarkan namanya daripada Parti Ikatan Insan Malaysia-IKATAN kepada Parti Keadilan Nasional...

Menyertai parti dan melangkah masuk dalam jawatankuasa Pemuda PKN Pulau Pinang sewaktu zaman Azman Haron menjadi Ketua Pemuda Negeri PKN & beliau telah meletakkan jawatan atas desakan serta masalah peribadinya terbongkar akibat komplot daripada Johari Kassim.Perkara ini di susun oleh Setiausaha Pemuda PKN Pulau Pinang waktu itu Saudara Sabri Gelugor bagi membawa naik Johari Kassim sebagai Ketua Pemuda PKN Pulau Pinang yang baru.

Selepas beliau menjadi Ketua Pemuda Negeri,perkara pertama yang beliau buat ialah memecat Sabri selaku Setiausaha Pemuda Negeri dengan tidak melantiknya kembali dalam kepimpinan pemuda negeri ketika itu.

Muka-muka baru yang dibawa masuk dalam kepimpinan beliau mereka ialah Saudara Surani Ibrahim sebagai Timbalan Ketua Pemuda,Saudara Rodzi Abd Hamid selaku Setiausaha Pemuda Negeri yang baru,Saudara Zulkifli Ibrahim selaku Ketua Penerangan Pemuda Negeri,Khairul selaku Bendahari Pemuda Negeri yang mengantikan Saudara Za'aba.

Sepanjang beliau sebagai ketua pemuda negeri,tidak banyak pertelingkahan berlaku sehinggalah hampir pemilihan di Mesyuarat Agong Tahunan di Kemaman,pertembungan antara beliau & Saudara Abd Ghani Haroon yang waktu itu Naib Ketua Pemuda Negeri.Tidak dapat dielakkan apabila kedua-duanya berhasrat untuk bertanding Naib Ketua Pemuda PKN Malaysia.

Beberapa pemuda bahagian telah mula berpecah antara kem Johari Kassim & kem Abd Ghani Haroon.Mereka yang terang-terang bertembung dengan dengan Johari Kassim ketika itu ialah Saudara Allahyarham Sharani Azmi,dipercayai bersama beliau waktu itu menentang kem Johari Kassim walaupun tidak dapat dipastikan secara nyata ialah Ketua Penerangan Pemuda Negeri serta beberapa ketua pemuda bahagian.

Hasrat untuk Abd Ghani Haroon untuk bertanding bagi mendapatkan pencalonan 2 bahagian gagal apabila diberitakan nama beliau dikeluarkan daripada minit mesyuarat termasuklah menolak minit mesyuarat agong di salah satu bahagian yang mana antara bahagian bermesyuarat pertama sekali di malaysia waktu itu.

Ianya dikhabarkan bahawa minit mesyuarat agong bahagian tersebut sengaja dilengahkan daripada dihantar ke peringkat pusat bagi mendapatkan pencalonan 2 bahagian yang mencalonkan Abd Ghani Haroon.Pemilihan berlaku di Kemaman dengan penuh persaingan sengit.

Bagi merebut kerusi Timbalan Ketua Pemuda PKN Malaysia waktu itu,Saudara Saifuddin Nasution Ismail yang mendapat pencalonan pertama daripada Pemuda Bahagian Nibong Tebal mendahului undi seterusnya memenangi kerusi tersebut daripada penyandang jawatan tersebut Saudara Mustafa Kamil Ayob.

Bagi kerusi Naib Ketua Pemuda PKN Malaysia pula,Zahid Mat Arip mendahului dan diikuti oleh Saudara Loh Chee Chong serta Shamsul Iskandar Mohd Akin adalah yang terakhir memenangi kerusi Naib Ketua Pemuda PKN Malaysia waktu itu mengalahkan Johari Kassim dengan majoriti hanya 5 undi.

Ianya dikhabarkan berpunca daripada kempen yang dilakukan sendiri oleh pemuda daripada Pulau Pinang.Ianya disahkan sendiri oleh beliau dalam mesyuarat pertama pemuda negeri selepas pemilihan parti di Kemaman.

Itulah nasib yang menghantui Johari Kassim kalah dalam pemilihan pemuda parti.Beliau juga cukup rapat ketika itu dengan Zamil Ibrahim (Broker politik tersohor),Hanapiah Man,Hamdan Taha termasuk la Affendy Yusof yang dikhabarkan penjual maklumat parti kepada UMNO.

Komputer saudara Affendy yang rosak dihantar untuk dibaiki oleh seorang pemuda penang,dimana kandungan data dalam hard disk tersebut memuatkan beberapa dokumen penting serta rahsia menumbangkan pemuda dibawah kepimpinan Ezam Md Noor ketika itu.Mungkin ramai yang sudah menyedarinya sehinggakan beliau hilang serta di kalahkan dalam pemilihan pemuda parti di Ipoh.

Johari Kassim juga antara calon pilihanraya mewakili parti di Pulau Pinang,beliau juga orang yang gagal memenangi kerusi yang beliau tandingi setiap kali pilihanraya umum berlangsung.Beliau juga adalah individu yang memujuk YB Haji Abdul Malik Kassim (Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang) agar tidak bertanding PRU-12....

Bersambung...

1Malaysia nak tahu