13 July, 2009
APABILA 'DATUK SERI' ZAHRAIN BERSUARA
State PKR chairman Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim said show-cause letters would be sent to members found organising secret meetings.
He said that as far as he was concerned, he had not heard of any such meeting organised by those unhappy with his leadership.
"I am not aware about it as I am hearing this from members of the media. If the media knows about the meetings and who organised them, then they should give me the names.
"And if indeed the news is true, then I will not hesitate to send show-cause letters to those involved," he told reporters after receiving the Darjah Gemilang Pangkuan Negri award, which carried the title Datuk Seri, at the investiture ceremony in conjunction with Yang di-Pertua Negri Tun Abdul Rahman Abbas’ 71st birthday celebrations at Dewan Sri Pinang here today.
It was reported in a Chinese newspaper that 10 of the 13 PKR divisions had attended a secret meeting.
It was also reported that nine divisions had agreed that the new chairman should take charge in Penang.
Zahrain said if there was indeed such a meeting, that those organising it had bad intentions.
"My relationship with all the division heads is fine, and I don’t have any problems with Datuk Seri Anwar Ibrahim as well," he said.
Later, Chief Minister Lim Guan Eng said that the DAP did not recommend any of its party members to be conferred state awards.
However, he said other political parties in Pakatan Rakyat were free to give their recommendations.
SUMBER
10 July, 2009
Malaysiakini - Arahan Pada Ketua Cabang Untuk Para Bloggers - Siri 15
Tindakan tegas termasuk tindakan disiplin akan dikenakan kepada ahli parti yang menulis dalam blog peribadi mereka jika mengkritik parti. Perkara ini adalah satu langkah terkebelakang dalam laungan kebebasan media serta kebebasan bersuara yang telah direncanakan oleh mereka sebelum ini.
Alasan menggunakan platform dalaman adalah alasan yang cukup dangkal kerana sudah terbukti sebelum ini bagaimana gugurnya Amizuddin Ahmat dalam mempertahankan prinsip dalam isu kuari [SINI] dan [SINI]. Itukah yang dimaksudkan menyelesaikan masalah daripada dalam? Bagaimana pula kenyataan-kenyatan pertikaman lidah antara Datuk Zahrain dengan Ketua Menteri Lim Guang Eng sebelum ini? Mengapa tak ambil tindakan tegas,kenyataan media sedemikian jelas mengelirukan ahli akar umbi?
Dalam mesyuarat awal julai,bagaimana mereka menghentam para bloggers yang terdiri ahli parti termasuk Dr Joyce (salah seorang dalam AJK Bahagia Batu Kawan) kerana mengkritik parti.Mengapa mereka mengatakan ianya boleh mengelirukan akan umbi?
Persoalannya,jawab sama ada benar atau tidak...Jangan berdolak dalih dalam menjawab perkara yang dibangkitkan para bloggers.Teguran tersebut adalah untuk menambah baik untuk kebaikan parti itu sendiri daripada cubaan dirosakkan segelintir individu di dalam parti sama ada ianya disengajakan atau tidak,tetapi itulah hakikatnya.
Tapi,kalau pimpinan PKR Pulau Pinang masih ego dan tak hormat saranan Presiden Parti dalam Kongres tahun lalu yang menghormati peranan Bloggers dalam kejayaan PRU-12 yang lepas. Blog ini tanpa rasa sangsi dan tanpa rasa takut mencabar PKR Pulau Pinang mengambil tindakan kepada para Bloggers. Biar rakyat tengok cakap tak serba bikin..Kebebasan bersuara konon....
Blog ini juga tidak akan teragak-agak membongkarkan kepincangan bukan sahaja anasir-anasir perosak parti di Pulau Pinang...tetapi termasuk di negeri jirannya iaitu Kedah. Nak sembunyi apa hah? Nak sembunyikan musang dalam reban ayam? Nak sembunyikan harimau dalam kandang kerbau?Nak mengkeldaikan ahli-ahli akar umbi dengan politik rakus,hipokrit serta masih berpahaman UBN (UMNO-BN).Tungguuuu...........
Bersambung
1Malaysia nak tahu
07 July, 2009
Malaysiakini - Lobi Pingat Anugerah TYT - Siri 14
Sudah ada desas desus Ahli Majlis MPPP (Si Katak Lompat daripada Gerakan) yang lompat ke PKR selepas kemenangan PRU-12 akan dianugerahkan pingat 'DJN' (Bawah 1 level untuk "Datuk"). Mengapa ianya boleh terjadi? Siapa dia dan kenapa perlu anugerah pingat sedemikian pada beliau? Datuk Zahrain serta Mustafa Kamal sibuk nak mengatur pingat pada mereka dengan menggunakan platform parti atas arahan sapa?Tangan ghaib si Jamil daripada belakang ya [SINI]?
Perkara ini tersebar sendiri apabila beberapa pimpinan DAP yang merasa hairan mengapa KATAK BESAR (GEMUK) ini boleh dicadangkan oleh PKR untuk penganugerahan yang begitu cepat sekali hanya dengan baru menyertai PKR selepas 8 Mac 2008 dan sewaktu hampir untuk lantikan Ahli Majlis MPPP & MPSP ketika itu.
Apa dah jadi PKR Pulau Pinang? Mengapa ada tangan-tangan ghaib ini mencampuri urusan yang sepatutnya diberikan kepada orang yang benar-benar berjasa pada masyarakat.Mungkin LOMPAT daripada BN masuk PKR adalah jasa besar KATAK GEMUK itu?
Datuk Zahrain mungkin akan selesa dengan penganugerahan "Datuk Seri",YB Senator Mustafa Kamal gigit jari apabila TKM1 bertindak gentleman menarik diri daripada menerima sebarang pingat yang dikhabarkan "Datuk" termasuk mengugurkan penganugerahan kepada YB Senator Mustafa Kamal.
Kalau Ketua Menteri saat-saat akhir menarik cadangan penganugerahan tersebut kepada orang politik serta individu-individu yang disebutkan tadi...pastinya golongan yang serba serbi menggila ini akan terus melompat.
Bersambung
1Malaysia nak tahu
04 July, 2009
Malaysiakini - Pergunakan Parti untuk diri Sendiri - Siri 13
Sudah terang lagi bersuluh....
Itulah kata-kata yang selayaknya diungkapkan kepada Johari serta beberapa kerat pimpinan PKR.Perkara ini jelas menampakkan isu sebenar yang cuba dipesongkan oleh Johari.Datuk Zaharin juga bertindak baling batu dan sembunyi tangan apabila beliau merestui tindakan Johari walaupun telah dinasihati TKM1 YB Mansor Othman.
Tindakan beliau itu juga,telah mengugut Kerajaan Negeri untuk melepaskan jawatan sebagai Ahli Majlis MPSP laporan Malaysiakini. 'Sementara itu, Johari memberi amaran bahawa beliau dan lapan orang ahli majlis tersebut dari PKR, mungkin akan letak jawatan serentak sebagai membantah pelantikan Mokhtar.'
Hasil tindakan itu,beliau telah dipecat [SINI] sebagai Ahli Majlis MPSP.Sebelum ini Johari yang mendabik dada dengan ugutan untuk meletakkan jawatan kononnya tidak gilakan jawatan itu,terbukti tidak benar.
Beberapa Ahli Majlis yang ditemui juga mendakwa Johari sememangnya GILA NAK JADI YDP bahkan ada di antara mereka yang tidak mahu Johari melibatkan diri mereka terbabit dalam konflik antara beliau dan kerajaan negeri.
Datuk Zahrain sudah memanggil mesyuarat kepimpinan PKR Negeri,namun Johari telah meminta untuk pimpinan negeri menemui Ketua Menteri Lim Guan Eng bagi mempertahankan beliau demi maruah parti...woooo,tang dia maruah parti ya...kalau tang orang lain...biar apa nak jadi ya [SINI]
Datuk Zahrain sekali lagi telah mengeluarkan kenyataan dangkal beliau yang terhebat memusingkan fakta atau isu sebenar [SINI]
Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim, berkata sebelum ini PKR pusat sudah membuat keputusan supaya Johari tidak dipecat kerana beliau menyesal dengan perbuatan memboikot majlis pelantikan Yang Dipertua MPSP, Mokhtar Mohd Jait, bulan lalu.
Malah, kalau kita mahu bersikap seperti Khalifah Umar Abdul Aziz seperti yang dilaung-laungkan, pemimpin Islam yang bersifat penuh belas kasihan dan adil, jika ada ada orang membuat kesilapan, kita harus bertolak ansur dan mahu mendengar bukannya ambil sikap tidak mahu berjumpa langsung.
Soalan yang patut di jawab oleh Datuk Zahrain...BILA MASA JOHARI MENGAKU KESILAPAN DAN MENYESAL DENGAN PERBUATANNYA?JAWAB DULU DATUK,MANA KENYATAAN MEDIA PENYESALAN JOHARI KASSIM?Dan bila masa Lim Guan Eng tidak mahu bertemu dengan PKR mengenai isu ini [SINI]?Tetapi mereka bertindak seolah-olah tiada ruang untuk perbincangan dengan Kerajaan Negeri.
Salah seorang Ketua AMK Bahagian menyuarakan kekesalan dengan tindakan memboikot majlis angkat sumpah YDP MPSP.
"Kami boleh hantar memorandum secara tertutup & bertemu dengan wakil Kerajaan Negeri Pulau Pinang,perkara ini sudah berlaku [SINI] dan kenapa dia (Johari) yang menggelarkan Exco Keldai tidak bertindak mengarahkan semua Ahli Majlis PKR berjumpa secara tertutup dengan Ketua Menteri?Kenapa buat terus boikot dan kenyataan media?"
Perangai UMNO-BN tak pernah luntur daripada kepala masing-masing. Jangan hanya pandai buat kenyataan media dan menuding jari pada orang lain kerana akibatnya memporak perandakan PKR itu sendiri...Inilah tangan-tangan yang merosakkan keutuhan serta ketelusan perjuangan rakyat yang telah dibawa daripada 1998.Anasir-anasir seperti inilah yang telah merosakkan keyakinan rakyat pada parti.Nyahkan mereka...
Bersambung
1Malaysia nak tahu
20 June, 2009
Malaysiakini - Daripada Pelbagai Sumber
Dear Datuk Seri Anwar Ibrahim,
The Star's report on "Johari To Face PKR Disciplinary Action" dated 17 June 2009 refers.
Thank you for doing the right thing for Pakatan Rakyat.
And since Pakatan Rakyat at the end of the day belongs to the rakyat, by proceeding with this PKR internal disciplinary action, you are doing the right thing for the rakyat and the nation.
This in my view is good leadership.
Although this internal disciplinary action is belated, the fact that an action is now taken is a show of sincerity by PKR to maintain peace and harmony within Pakatan Rakyat. Let this be a lesson and warning to all in Pakatan Rakyat who harbour and place personal gains and personal agendas ahead of the objectives and spirit of Pakatan Rakyat. No one person, regardless of party membership of PKR, DAP or PAS, should be above the party and the rakyat would really love to see that no one person is above Pakatan Rakyat.
Let this be the start of more reconciliatory moves by all Pakatan Rakyat's component parties - for a better Pakatan Rakyat.
Hidup rakyat!
Yours faithfully,
Simon Templar (of Salt, Pepper ANd a little Kicap)
Blog Kicap,Lada & Garam
Malaysia Today
19 June, 2009
Malaysiakini - Johari Peniaga "Berjaya" pekena - Siri 12
Salam Sejahtera....
Maaf la nooo....Ceq pi negara jiran daripada hari isnin & khamis baru balik...maklumla la pi cari spare part kereta..Opppssss,spare part kereta ya...bukan pasang spare lagi sorang ya....Ceq bukan la macam sorang Exco Kedah yang dah full house 4 kouta isteri...nak masuk 5 woo,pening lagi 4 isteri,sapa la nak kena cerai.
Ceq pi siam pun bukan jumpa Mahathir Khalid (Penghulu) atau team Zamil nak runding-runding untuk tumbangkan Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah.hehehe,Tak percaya cakap saya?Syyy....tanya dengan Exco tutt!! tengok....Hmm,YB Radzi apa khabar?Sehat?Claim bulan nih dah hantar belum?hehehe
Berbalik pada cerita Johari...Berniaga komputer bertempat di Bandar Perda Seberang Jaya,(Ini la DUN yang Johari nak tawar diri bertanding PRU-13 nanti) sebelum berpindah ke Bertam Kepala Batas.Di situ lah kedai yang johari berniaga komputer.
Apabila terlibat sepenuhnya dengan politik sebelum DAtuk Seri Anwar Ibrahim bebas,beberapa cadangan dibuat bagi menjana ekonomi mereka-mereka yang terlibat sepenuh masa dengan politik PKN.Johari boleh sahkan siapa yang bernama IBNU...hello johari...u kenal tak Ibnu?berapa ratus ribu dia habiskan duit untuk projek KESURI?Masa tuh Mustafa Kamal (Pak Mus) adalah di antara kem Johari sekarang yang terlibat secara langsung dalam projek KESURI....
Hello,RM 200 Ribu duit Ibnu selamat di 'Faraid' masa tuh....Sekarang apa yang Johari dok sibuk ialah jawatan YDP MPSP,Mustafa pula dok gila TYT (Senator dulu,lobi Datuk then bley naik step by step).Korang pernah terfikir apa yang sudah jadi dengan IBNU?Mana dia sekarang,tak pernah terlintas nak cari mereka ajak sama dalam barisan kepimpinan PKR Negeri?
Yang Datuk Zahrain,Mustafa Kamal & Jamil Mohd Nor dok sibuk pi tarik Katak Besar yang jadi Ahli Majlis MPPP,Bekas MIC yang maki petugas PR sewaktu kempen dengan kata-kata kesat pada petugas kita "U Worang Ingat Itu Anwar Boleh Menang" tapi sekarang,Katak Besar Ahli Majlis MPPP (Gerakan) & bekas ahli MIC yang masuk selepas Mac 2008 diberi jawatan penting dalam PKR negeri.Tak percaya juga?Pergi tanya Saudara Chua Tanjong.
Kenapa Johari tak cari semula Ibnu?Tapi kalau korang tanya dia sekarang,macam-macam alasan...Johari juga pernah meminjam lebih kurang RM 100 Ribu daripada YB Datuk Kamarul Ahli Parlimen Telok Kemang untuk menampung perniagaan kedai komputernya yang sudah bermasalah.
Walau bagaimanapun,dia melangsaikan hutang tersebut selama tempoh 1 tahun...bagus...bagus...tapi ada juga yang tak bagus....hehehe...nak tahu?
Bersambung
1Malaysia nak tahu
16 June, 2009
Malaysiakini - Syyyyy,Diam Joe Dah Mai - Siri 11
Minggu lalu aku menerima sms bahawa Johari Kassim menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Perlesenan & Penguatkuasaan yang dipengerusikan oleh YDP baru saudara Mokhtar yang telah diboikot perlantikannya dikepalai oleh Johari Kassim.
Kehadiran Johari pada mesyuarat tersebut juga disahkan sendiri oleh 2 orang Ahli Majlis MPSP daripada PKR.Mereka juga rasa terkejut bahkan melihat Johari seolah-olah tidak rasa malu langsung hadir pada mesyuarat dipengerusikan orang yang dia boikot.
Sms yang aku terima ringkas & cukup simple 'Muka Tak Malu,Kata Boikot'.hehe,buat orang gelak saja...macam nih nak jadi pemimpin contoh?Masa buat tak fikir,apa salahnya jumpa dahulu Guan Eng selaku Ketua Menteri.
Dalam perjumpaan tuh nak hentak meja ataupun nak selesaikan secara berhemah.Bolehkan?
"Dulu pandai cakap pada orang lain jangan guna media....la dia pandai plak guna media"-kata seorang pimpinan Ketua AMK Bahagian.
Pimpinan AMK tersebut juga berkata hakikatnya ramai menyedari bahawa Mokhtar adalah TOTOK UMNO dan pernah memanggil semua staf Pejabat Daerah Seberang Perai Utara pada awal kemenangan selepas PRU-12 pada 8 Mac 2008 ketika itu Pakatan Rakyat baru memerintah Pulau Pinang & memarahi mereka kerana memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat.
"Kita Tau la dia tu (Mokhtar) Bedengung UMNO & tak beri kerja sama dengan Kerajaan Negeri kita,tapi tak boleh pi bincang elok-elok dengan Ketua Menteri?Dato' Zahrain pun boleh terus pi jumpa & kenapa nak guna media?"
Itulah yang diluahkan oleh mereka apabila marah dengan tindakan Johari Kassim memboikot serta kenyataan biadap melabelkan Exco PKR sebagai 'KELDAI'
Ketika minum di salah sebuah warung tempat ahli-ahli penyokong Pakatan Rakyat minum & bicara mengenai politik semasa...tiba-tiba teman lama mungkin seumur Johari Kassim aktif sewaktu sama-sama dalam Pemuda PKN dan sudah bertahun tidak aktif dengan parti tetapi lebih menumpukan sepenuh masa dalam NGO bersuara lantang,
"Dia tu sapa nak kata Exco keldai?Dah tak reti nak beza Pemerintahan Kerajaan dengan Pengurusan Parti?"-Rakan lama Johari Kassim
Nasib la badan...Mungkin itulah balasan jika tiada keikhlasan apabila berjuang lebih tertumpu pada habuan daripada tanggungjawab pada rakyat.
Bersambung
1Malaysia nak tahu